Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

UMNO Tidak Akan Jarakkan...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata parti...

3 Lelaki Asing Ditahan...

SEMPORNA - Polis menahan tiga lelaki warga asing hari ini bagi membantu siasatan...

UPNM,ATM – Jangan Ulangi...

KUALA LUMPUR: Warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), diingatkan agar tidak mengulangi perbuatan jenayah sepertimana yang berlaku ke atas Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Umno Terima 4995 Permohonan...

KUALA LUMPUR: UMNO menerima 4,995 permohonan keanggotaan baharu secara dalam talian sejak sistem...

Wanita Bonceng Motor Dengan Bukan Muhrim Dipantau

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan meningkatkan penguatkuasaan khusus di kalangan golongan remaja yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam, kata Ketua Penguatkuasaan Syariahnya Mokhtar Salleh.

Katanya antara tumpuan penguatkuasaan termasuk ke atas mereka yang menaiki motosikal bersama individu yang bukan muhrim, wanita berpakaian mencolok mata dan lelaki berpakaian seperti wanita.

Mokhtar berkata, ketika ini ia bagaikan satu trend dengan kaum wanita sering dilihat membonceng motosikal dalam keadaan tidak sopan dengan lelaki yang tiada ikatan keluarga.

Katanya Maidam akan bekerjasama dengan pihak penguat kuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika operasi bagi mengesan pesalah yang melakukan perbuatan seperti ini.

“Kita akan terus mencegah perbuatan berkenaan daripada terus berleluasa dari semasa ke semasa. Kita sebenarnya tiada kuasa untuk menahan mereka di jalan raya dan oleh sebab itu kita bekerjasama dengan agensi yang lain membanteras perbuatan tidak sopan ini.

“Jika kita kesan mereka tiada hubungan dan berkelakuan tidak senonoh, kita akan panggil untuk sesi kaunseling sebelum diberi amaran dan ditahan jika terus mengulangi perbuatan yang sama,” katanya kepada pemberita selepas Ops Penguatkuasaan Tahun Baharu Cina dengan kerjasama JPJ dan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu melalui Ops Motosikal di Jalan Batu Buruk di sini, malam tadi.


Dalam operasi yang bermula pukul 9 hingga 12 malam itu, Maidam turut mengesan enam pasangan berkelakuan dan berpakaian kurang sopan serta seorang lelaki berpakaian wanita.

Beliau berkata rata-rata mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 26 tahun yang menaiki motosikal dengan lelaki bukan mahram.

Mokhtar berkata, ini merupakan penguatkuasaan kali pertama yang disertai pihaknya bersama agensi penguatkuasaan lain setelah menerima banyak aduan berhubung perkara ini yang dikhuatiri akan menjadi ikutan anak muda lain sekiranya tidak dicegah.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan golongan wanita Islam di negeri ini agar tidak mengenakan pakaian yang terlalu menjolok mata kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan mereka didenda atau dipenjara selama enam bulan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=BYlJtSQ22ds

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori