Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pengemis Mati Tinggalkan RM4.3...

BEIRUT – Seorang pengemis wanita berstatus orang kelainan upaya yang bergantung hidup menerusi...

Berlian Terbesar Dalam 100...

TORONTO (Kanada) - Sebutir berlian didakwa sebagai memiliki kualiti terbesar di dunia dengan...

Video: Wanita Mengamuk Serang...

RAKAMAN video seorang wanita mengamuk mencederakan seorang pengawal keselamatan wanita berbangsa India tersebar...

Mahkamah Arah Rosmah Periksa,...

MAHKAMAH Tinggi hari ini memerintahkan isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor...

2 Maut, 2 Parah Kereta Langgar Pokok

ALOR SETAR – Dua maut manakala dua lagi cedera parah setelah kereta yang mereka naiki melanggar sebatang pokok di KM43.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Bukit Kayu Hitam, pagi ini.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar Mohd Supuri Din berkata lapan anggota bersama sebuah jentera serta Unit Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 7.43 pagi.

“Sebaik tiba terdapat empat mangsa wanita berumur lingkungan 20-an hingga 30-an, tiga daripada mangsa tersepit di dalam kereta Kia Cerato manakala seorang lagi tercampak keluar.

“Dua mangsa yang meninggal dunia merupakan penumpang di sebelah dan belakang pemandu manakala pemandu dan seorang lagi penumpang yang tercampak keluar cedera parah,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=hHAjcXOBFoE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori