Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ada Bukti Kukuh Perbelanjaan...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa...

RUU Pembiayaan Covid-19 Dibentang...

KUALA LUMPUR - Pindaan rang undang-undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit...

Lelaki Tercampak Ke Lereng...

AKTIVITI gelongsor air yang terdapat di taman tema mungkin menyeronokkan bagi sesetengah individu....

Biskut Warisan Ibu Mentua...

KUALA LUMPUR - Bermula secara sambilan, Norashikin Zainal Abidin, 47, kini boleh berbangga...

2 Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Berasingan

KUANTAN – Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM 47, Jalan Pekan Awah-Bandar Jengka dekat Jerantut malam tadi.

Mangsa, Muhammad Nour Hafis Abdullah, 17, beralamat di Jengka 14, Maran meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurut Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Supt Mohd Noor Yusof Ali, nahas pukul 9 malam itu berlaku semasa mangsa menunggang dari rumahnya menuju ke bandar Jengka.

“Di tempat kejadian, dipercayai mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bergesel dengan jip itu.

Akibat itu, mangsa telah terseret beberapa meter dari lokasi kejadian manakala jip itu pula telah terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bagaimanapun katanya pemandu jip berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat mangsa yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.


Sementara itu dalam kes berasingan di KM 35 Jalan Jerantut-Benta, seorang pengangkat getah terbunuh selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori semalam.

Mohd Noor berkata, kejadian pukul 12.20 tengah hari itu berlaku semasa mangsa Jamal Mat Ali, 38, dari Batu Balai, Jerantut sedang menunggang dari arah bandar Jerantut menghala ke Benta.

“Dipercayai di tempat kejadian mangsa telah termasuk laluan bertentangan sebelum bergesel dengan lori terbabit,” katanya.

Katanya, mangsa yang parah di badan dan kepala itu disahkan mati semasa menerima rawatan di Hospital Jerantut pada pukul 5.30 petang semalam.

“Kedua-dua kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori