MANCHESTER – Pemain pertahanan, Chris Smalling menjaringkan dua gol bagi membantu kemenangan 3-1 Manchester United ke atas Burnley, sekali gus kembali melonjak ke kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Ketika pemilik United, Avi dan Joel Glazer muncul di Old Trafford, Burnley bagaimanapun terlebih dahulu mencuri tumpuan apabila kerap kali mengucar-kacirkan pertahanan United seawal wisel permulaan.
Smalling yang dimasukkan menggantikan Phil Jones yang cedera pada minit ke-5, berjaya menanduk masuk gol ke gol lawan hanya selepas 22 saat di atas padang.
Namun, Burnley mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-12 dan kedudukan terikat 1-1 itu berlarutan sehingga tamat masa pertama.
Sebaik permainan masa kedua bermula, Smalling sekali lagi menanduk masuk mudah hantaran mudah untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Robin van Persie kemudian menyempurnakan penalti pada minit ke-82 untuk memastikan United merebut tiga mata penuh. – AFP
https://www.youtube.com/watch?v=Fu51xtcllu0