Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rela Dipecat : Hishammuddin...

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN)Hishammuddin Tun Hussein kekal dengan pendiriannya menolak kerjasama dengan...

Isu Fitnah: Puad Sedia...

SHAH ALAM- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mengesahkan sudah...

Rozita Che Wan Lepas...

ADUH, tak habis-habis lagi kisah hangat melanda pelakon cantik Rozita Che Wan ni.Jika...

Penjawat Awam Johor Diharap...

ISKANDAR PUTERI - Penjawat awam di negeri ini diharap menjadikan komitmen kerja Perdana...

213 Orang Masih Ditempatkan Di 3 Pusat Pemindahan Sarawak

KUCHING – Seramai 213 mangsa masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Sarawak pagi ini, jumlah yang sama sejak malam tadi.

Daripada jumlah itu, serama 161 orang ditempatkan di dua pusat pemindahan di bahagian Betong manakala 52 orang lagi di sebuah pusat pemindahan di Sibu.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Negeri (MKN) Sarawak berkata banyak kawasan di bahagian Betong masih digenangi air ekoran fenomena air pasang besar yang mengakibatkan air sungai melimpah.

Beliau berkata keadaan tidak banyak berubah apabila beberapa tempat di bahagian itu masih mengalami hujan sekali sekala, dan beberapa kawasan rendah turut bertakung.


Menurutnya cuaca di Sibu semakin baik pagi ini dan lebih ramai mangsa dijangka pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan pusat pemindahan di bahagian itu ditutup hari ini.

Lapan sekolah masih ditutup di beberapa tempat seperti Sibu, Mukah, Selangau dan Dalat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori