Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kes Baharu Covid-19 Turun...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu Covid-19 menurun lagi dengan 6,709 kes dilaporkan...

DBKL Arah Henti Kerja...

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan arahan memberhentikan kerja...

Ekonomi Sri Lanka Telah...

COLOMBO: Ekonomi Sri Lanka yang dihimpit bebanan hutang 'tumbang' selepas beberapa bulan berdepan...

T-Team Jangka Umum Nama...

KUALA TERENGGANU - Pasukan berstatus kelab, T-Team yang bakal beraksi dalam kempen Liga...

2,814 Ditahan Dalam Ops Cantas Khas Utara

SUNGAI PETANI – Polis menahan 2,814 individu termasuk 1,302 warga asing kerana dipercayai terlibat dengan pelbagai kes jenayah dalam Ops Cantas Khas Utara di Kedah dan Pulau Pinang, dari 25 Jan hingga 7 Feb lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata 44 daripada warga asing yang ditahan itu memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) palsu.

Rampasan kad palsu itu, beliau berkata dilakukan dalam satu operasi di Pulau Pinang di mana kad tersebut dimiliki oleh warga Myanmar yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan disyaki melakukan pelbagai aktiviti jenayah.

“Kita sedang siasat bagaimana kad ini diperoleh dan kita percaya ada sindiket membekalkan kad palsu itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada Selasa.

Mohmad berkata kesemua warga asing yang ditahan itu dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah seperti culik, ugut, pecah rumah, rompak dan bunuh.

Katanya menerusi operasi yang disertai 950 pegawai dan anggota daripada pasukan khas termasuk Sting, Stafoc dan Stag tersebut, polis turut menahan 11 anggota kongsi gelap kerana melakukan jenayah kekerasan serta 20 individu yang dikehendaki pihak keselamatan itu.

Beliau berkata pihaknya turut membuka 10 kertas siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) yang melibatkan nilai aset suspek yang ditahan berjumlah RM611,027.


Polis, katanya turut merampas pelbagai senjata api, 27 buah kenderaan, 2.565 kilogram ganja dan 11.59 gram heroin, 236 buah mesin judi haram dan wang tunai bernilai RM35,125.

“Operasi ini memberi kesan positif dengan indeks jenayah bagi Kedah dari 25 Jan hingga 7 Feb menurun 18.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas manakala di Pulau Pinang menurun 9.3 peratus bagi tempoh sama,” katanya.

Sebanyak 530 kertas siasatan telah dibuka antaranya 158 kes di bawah Akta Imigresen 1959, pecah rumah dan curi (45), rompakan (38), kecurian (43), ugutan jenayah (15), rumah judi terbuka (27) dan sepuluh kes senjata berbahaya, katanya.

Sementara itu, Mohmad berkata pihaknya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menggempur pusat hiburan keluarga yang menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Beliau berkata pihaknya turut meminta orang ramai yang mengetahui pegawai dan anggota polis terlibat dalam melindungi pusat perjudian haram supaya tampil memberi maklumat agar tindakan lanjut dapat diambil berhubung perkara itu.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori