Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kutipan Zakat Harta Di...

MELAKA - Kutipan zakat harta di Melaka mencatat peningkatan 31.68 peratus dengan kutipan...

Pendaftaran GST Lepasi Angka...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat yang mendaftar untuk cukai barang dan perkhidmatan (GST)...

Asfan Shah Mengaku Insiden...

PENYANYI yang lagu-lagunya popular kerana sering digunakan dalam produksi drama tempatan, Asfan Shah...

Nahas Helikopter.. Jamaluddin Jarjis...

NAHAS helikopter di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi turut mengorbankan Ahli...

3 Anggota Tentera Antara 11 Positif Dadah Dalam Sekatan Jalan Raya

MELAKA – Tiga anggota tentera antara 11 individu yang ditahan kerana positif dadah dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka sempena Tahun Baharu Cina di Lebuh AMJ menghala ke Muar di sini, malam tadi.

Pengarah JPJ negeri, Mohd Fadhil Hassan berkata, ketiga-tiga lelaki itu berusia 25 hingga 28 tahun, menaiki sebuah kereta dari arah bandar Melaka ke arah Muar ditahan dalam keadaan berada di bawah pengaruh dadah (khayal) kira-kira jam 11 malam tadi.

Beliau berkata, saringan awal air kencing yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan mendapati ketiga-tiga lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine.

“Lapan lagi individu iaitu tujuh lelaki dan seorang wanita berusia 20-an hingga 30-an turut ditahan kerana positif dadah methamphetamine, morfin dan ganja,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi berkenaan di sini, pagi tadi.

Sementara itu beliau berkata, 95 daripada 950 kenderaan yang diperiksa diambil tindakan dan sebanyak 138 saman dikeluarkan dengan jumlah 140 kesalahan sepanjang operasi berkenaan.


Katanya, kesalahan tertinggi direkodkan ialah tiada lesen memandu (93), tiada lesen kenderaan motor atau tamat tempoh (45).

Dalam perkembangan lain, Mohd Fadhil berkata, sebanyak 50 anggota sukarelawan Skuad Muda 1JPJ (SM1JPJ) dan 110 pegawai dan anggota JPJ negeri akan ditugaskan sepanjang operasi penguatkuasaan sempena Tahun Baru Cina selama dua minggu sehingga 27 Feb ini.

“Pemeriksaan dan penguatkuasaan meliputi pelbagai aspek dan tumpuan diberikan terhadap kenderaan awam terutama bas ekspres di Terminal Bas Melaka Sentral,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=dR5U5i95-zQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori