Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

DAP Juga Pernah Membelakangkan...

MARANG - DAP perlu cermin diri sebelum memanggil PAS sebagai pengkhianat kerana parti...

Pemandu Teksi Maut Dalam...

TAWAU - Seorang pemandu teksi maut manakala seorang penumpangnya cedera selepas teksi tersebut...

2 Individu Disyaki Dalang...

DUA individu yang disyaki sebagai dalang di sebalik insiden provokasi dan ancaman terhadap...

PRK Tanjung Piai: SPR...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan sekeras-kerasnya pihaknya mempunyai niat tidak baik...

3 Maut, 3 Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Sarawak

SIBU – Tiga orang maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Sungai Buluh, Selangau, 85km dari sini, semalam.

Mereka yang terbunuh di tempat kejadian ialah pemandu kereta Viva, Mohammad Rizal Lah, 42, dan penumpang Salmah Abdullah, 50, manakala isteri Mohammad Rizal, Edyana Delima Edurus pula meningal dunia di Hospital Sibu.

Mereka yang cedera ialah penumpang kereta Viva, Edurus Abdul Wahid dan Ainatul Mahdiah Edurus serta pemandu kenderaan Toyota Hilux, Jesse Nyalu, 34.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Sibu dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 8.52 malam.

Sebuah jentera Scania dan kenderaan pacuan empat roda dengan sembilan anggota diketuai Pengawai Bomba Majidi Tinggal ditugaskan ke tempat kejadian yang terletak berhadapan Rumah Panjang Abu, katanya dalam kenyataan Jumaat.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Jesse, yang dari arah Selangau, gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar kereta yang dipandu Mohammad Rizal, yang datang dari arah Bintulu, menyebabkan kereta itu terjatuh ke dalam cerun tepi jalan sedalam 1.3 meter.


Akibat perlanggaran itu, kenderaan Hilux berkenaan terbalik dalam keadaan mengiring.

Farhan berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sibu.

Sementara itu, sebuah stor barangan lusuh dengan struktur binaan zink di sebuah kediaman di Jalan Oya di sini, musnah dalam kebakaran dipercayai akibat percikan bunga api pada 7 petang semalam.

Tiga jentera dengan 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dan Sungai Merah dapat mengawal kebakaran stor yang terletak kira-kira 3 meter dari rumah itu pada 7.23 petang.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 8.06 malam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori