Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Comel Sangat, Octopus Baru...

California – Hidupan comel yang berwarna merah jambu ini merupakan octopus yang baru...

Pemergian Sanusi Kehilangan Besar...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan...

Sweden Tawar Dos Kelima...

STOCKHOLM – Kerajaan Sweden akan menawarkan suntikan dos kelima vaksin Covid-19 untuk golongan...

Perodua Melancarkan Bezza Di...

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta nasional, Perodua melancarkan Bezza di Mauritius, menjadikan negara...

3 Warga Itali Maut, 2 Cedera Runtuhan Salji Di Banjaran Alps

GENEVA – Tiga rakyat Itali maut dan dua lagi cedera apabila mereka dihempap runtuhan salji ketika bermain ski di kawasan dikenali sebagai “Death Valley” di Banjaran Alps, Switzerland, kata polis.

Polis di Valais berkata, dua wanita dan seorang lelaki terkorban dalam nahas itu manakala seorang lagi lelaki dilaporkan dalam keadaan kritikal dan seorang lagi cedera ringan.

Kelima-lima mangsa bermain ski rentas desa dekat sebuah rumah tamu di Grand Saint-Bernard, tidak jauh dari sempadan Itali apabila salji setebal 80 meter dan setinggi 300 meter tiba-tiba runtuh dan menghanyutkan mereka.

Polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan dan pada paras altitud kira-kira 2,300 meter dan cuaca kabus tebal menyukarkan operasi menyelamat.

Jurucakap polis, Jean-Marie Bornet berkata, helikopter pula terpaksa mendarat jauh dari tempat runtuhan salji berkenaan dan anggota penyelamat perlu berjalan jauh untuk sampai ke sana.

Anggota penyelamat berjaya mengesan mangsa yang membawa pengesan mangsa runtuhan.

Sebahagian daripada mangsa tertimbus sedalam kira-kira 2.5 meter.


Empat yang cedera parah dibawa menaiki helikopter ke hospital berdekatan tetapi tiga daripada mereka disahkan meninggal dunia.

“Mangsa keempat terpaksa disedarkan melalui pernafasan artifisial, jadi ia agak serius,” kata Bornet.

Kira-kira 30 anggota penyelamat dan beberapa helikopter menyertai operasi mencari berkenaan.

Runtuhan salji memang meragut ramai nyawa di Banjaran Alps pada musim sejuk menyebabkan 24 orang maut termasuk kejadian terbaru ini. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • salji

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori