Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Skuad Hoki Lelaki Kekal...

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki membelasah Myanmar 14-0 untuk mempertahankan pingat emas...

Trafik Sesak Lebih 58...

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) dilaporkan mengalami...

4 Lelaki Didakwa Miliki...

KANGAR - Empat lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki pelbagai jenis senjata...

Sistem Amaran Tsunami Malaysia...

KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai sistem dan kelengkapan yang cukup baik untuk mengesan...

300 Bantah Pengarah Sekolah Kembali Bertugas

Bangkok – Kira-kira 300 pelajar berkumpul di pekarangan Sekolah Satriwitthaya 2 untuk membantah kembalinya pengarah mereka selepas diketepikan ekoran dakwaan rasuah.

Sebelum ini Pacharapong Trithepha dituduh menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengarah sekolah itu untuk mendapatkan tajaan 3.1 juta baht (RM332,795) daripada seorang hartawan.

Dana itu didakwa diperlukan untuk membiayai kos pancaragam sekolah itu bertanding di luar negara.

Apabila tindakan itu terdedah, Pacharapong dipindahkan ke bahagian lain tetapi kini disebut-sebut bakal kembali ke sekolah berkenaan.


Pelajar dan ibu bapa berpendapat, Pacharapong gagal sebagai pentadbir, selain pernah menimbulkan masalah dalaman.

Polis dan tentera terpaksa dikerah ke sekolah itu untuk mengawal keadaan, namun tiada kejadian tidak diingini berlaku. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori