Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Kecewakan Saya &...

PUTRAJAYA — "Jangan kecewakan saya dan negara kita,” kata Perdana Menteri Tun Dr...

Remaja Maut Ditetak Majikan...

MALANG menimpa seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang berkhidmat sebagai pembantu rumah...

Cabaran Tangani Rasuah Kini...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui cabaran menangani rasuah dan...

Parlimen: Perarakan Hari Wanita...

KUALA LUMPUR: Perarakan Hari Wanita menjadi tumpuan daripada blok pembangkang di Dewan Rakyat...

57 Nelayan Dari Dungun & Paka Terima Pampasan Petronas

KUALA TERENGGANU – Sekumpulan nelayan dari Dungun dan Paka hari ini melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Petronas kerana mampu menyelesaikan masalah pembayaran pampasan akibat kemusnahan peranti ikan, unjam dan bubu berikutan kerja-kerja pemasangan paip bawah laut pada tahun lepas.

Pembayaran yang dibuat melalui Jabatan Perikanan sebagai orang tengah itu melibatkan 57 nelayan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM528,600.

Pengarah Perikanan Terengganu Abdul Khalil Abdul Karim berkata setiap nelayan menerima pampasan antara RM1,200 dan RM52,000 seorang, bergantung jumlah kerugian yang ditanggung, hasil siasatan dan semakan dilakukan oleh pihaknya.

“Sebelum bayaran dibuat, kita siasat dahulu sebelum mengesahkan sesuatu unjam atau bubu perseorangan yang musnah semasa kerja-kerja pemasangan paip dijalankan,” katanya kepada Bernama selepas menyampaikan pembayaran pampasan itu dalam majlis ringkas di sini hari ini.


Katanya, kerja-kerja pemasangan paip bawah laut itu dijalankan oleh pihak kontraktor Petronas antara laut Dungun dan Paka sehingga ke laut utara negeri itu pada tahun lepas.

Sementara itu seorang nelayan Mohd Yunus Mat Nor, 43, dari Dungun ketika ditemui berkata walaupun pembayaran itu agak lewat, namun ia sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya dengan menggantikan unjam atau bubu yang telah musnah.

“Ia juga sedikit sebanyak membantu saya menyediakan barang keperluan untuk keluarga berikutan tidak dapat ke laut pada musim tengkujuh baru-baru ini,” katanya yang enggan mendedahkan jumlah pampasan yang diterimanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori