Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kenali Tetsuya Yamagami, Suspek...

TOKYO - Polis Jepun telah melancarkan siasatan ke atas kes pembunuhan bekas Perdana...

KWSP Catat 107,105 Pendaftaran...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyaksikan sejumlah 107,105 pendaftaran ahli...

PKR Gugur 8 Penyandang...

PRU15 | PKR menggugurkan lapan penyandang ahli parlimen daripada senarai calonnya di Semenanjung...

MBPP Tubuh J/K Khas...

GEORGE TOWN - Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk...

6 Perampas Bunuh Diri, Krisis Tebusan Penjara Taiwan Berakhir

TAIPEI – Tidak sampai 24 jam, krisis tebusan di sebuah penjara di Kaohsiung, selatan Taiwan yang bermula lewat Rabu sudah berakhir awal pagi Khamis apabila enam banduan yang menawan tiga tebusan dilaporkan membunuh diri sendiri.

Stesen penyiaran tempatan melaporkan, dua daripada tawanan berkenaan telah dibebaskan setelah syarat tuntutan banduan-banduan tersebut dibacakan menerusi siaran langsung televisyen kemudian dipenuhi oleh pihak berkuasa.

Kesemua banduan kesalahan berat itu mendakwa, mereka berasa tidak berpuas hati dengan apa yang dianggap sebagai ketidakadilan dalam sistem kehakiman Taiwan dan layanan buruk diterima sepanjang tempoh dipenjarakan selama ini.

Mereka mendakwa, pihak berkuasa memberi layanan cukup istimewa kepada bekas presiden, Chen Shui-bian, manakala banduan biasa cuma menerima upah rendah sebanyak NT$200 (kira-kira RM23) setiap hari sepanjang berada di dalam penjara.

Pukul 4 petang semalam, para pegawai mengatakan bahawa banduan-banduan itu berjaya memecah masuk ke dalam bilik senjata, mengambil empat laras senapang dan enam pistol serta menahan ketua warden penjara dan dua pegawai sebagai tebusan.

Keenam-enam banduan itu yang dipenjarakan atas sabitan pelbagai kesalahan jenayah serius termasuk kes membunuh, merompak dan dadah kemudian menuntut dibebaskan dari penjara di daerah Daliao yang menempatkan lebih 2,000 tahanan.


Mereka dilaporkan berpura-pura ‘bertengkar’ mulut antara satu sama lain di dalam dewan perhimpunan penjara itu dan cuba dileraikan oleh dua warden sebelum banduan terbabit berjaya menawan pengawal berkenaan untuk dibawa ke bilik simpanan senjata.

Perampas itu bagaimanapun membebaskan ketua warden, Wang Shih-tsang dan pegawal penjara, Chen Shih-chih lewat tengah malam tadi sebelum membunuh diri mereka kira-kira pukul 5.40 pagi waktu tempatan (sama waktu dengan Malaysia) hari ini.

Jabatan polis bandar raya Kaohsiung mengerahkan kira-kira 250 anggota termasuk pasukan pencegah rusuhan dan unit elit SWAT bagi mengawal ketat sekitar kawasan penjara terbesar di Taiwan yang terletak di selatan pusat bandar tersebut.

Sepanjang insiden tawanan tersebut, pihak media turut mendengar puluhan tembakan dilepaskan ke udara oleh perampas terbabit, namun pasukan polis enggan merempuh masuk ke dalam kerana bimbang lebih ramai banduan dapat meloloskan diri.

Media melaporkan, drama tebusan itu diketuai Cheng Li-te, seorang pemimpin salah sebuah cawangan kumpulan samseng terkenal, Bamboo Union Gang yang disabitkan kesalahan bunuh dengan senjata berat dan dijatuhi hukuman penjara selama 28 tahun.

Kementerian Kehakiman melaporkan, Perdana Menteri Taiwan, Mao Chi-kuo turut berada di luar kompleks penjara tersebut bagi mengikuti perkembangan selain menyelaraskan usaha pasukan polis tempatan bagi membebaskan tebusan. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori