Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bukan Luar Biasa Calon...

UNIK... Sebenarnya bukan sesuatu luar biasa apabila Barisan Nasional (BN) meletakkan calon yang...

Raja Muda Perlis Nasihat...

KUALA LUMPUR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa berada...

Gates Mengaku Terbabit Jenayah...

ALEXANDRIA - Rakan perniagaan lama bekas Pengerusi Kempen Presiden Donald Trump, Paul Manafort...

MICPA Terus Bekerjasama Pihak...

KUALA LUMPUR – Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) akan terus bekerjasama dengan...

600 Kedai Runcit Ditransformasi Pasarkan Produk Segar – Ismail

KUALA LUMPUR – Sebanyak 600 kedai runcit seluruh negara akan dinaik taraf untuk memasarkan produk segar perladangan keluaran agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata konsep kedai itu sama seperti Kedai Rakyat 1Malaysia namun ia akan diuruskan sendiri oleh pemiliknya selain penambahan jualan produk segar perladangan.

“Nama kedai tersebut akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan bulan hadapan dan projek perintisnya adalah di Pahang,” katanya dalam sidang media selepas majlis sambutan ulang tahun ke-42 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini Khamis.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohd Arif Ab.Rahman serta Pengerusi LPP Datuk Zainal Dahalan.


Ismail berkata buat permulaan, sebanyak 50 kedai di luar bandar dan pinggir bandar akan ditransformasi untuk tujuan itu pada tahun ini.

Menurut beliau, kementerian akan memperuntukkan dana khusus selain memastikan kedai-kedai tersebut diseragamkan dari segi pengurusan supaya lebih profesional dan teratur.

Ismail berkata produk segar yang dijual di kedai tersebut juga akan jauh lebih murah antara lima hingga 20 peratus. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori