Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Shahir, Erra Bakal Disatukan...

SETELAH tiga tahun menjalinkan percintaan secara senyap-senyap, kini Shahir Zawawi dikatakan bakal menyunting...

26 Kompaun Dikeluarkan KPDNKK...

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mengeluarkan...

3 Pekerja Ditahan Curi...

MELAKA - Polis menahan tiga pekerja kebun bagi membantu siasatan kes tiga jentera...

Krisis Ekonomi Sri Lanka...

COLOMBO: Krisis ekonomi yang melumpuhkan Sri Lanka berisiko menyebabkan kebuluran di seluruh negara...

7 Ditahan Main Judi Internet Dalam Pangsapuri

MELAKA – Polis menahan tujuh kaki judi yang asyik bermain judi internet dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Taman Seri Bachang, Jalan Kesidang di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata semasa serbuan pada 1.30 pagi itu, enam lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 46 tahun ditahan ketika leka berjudi menggunakan komputer riba dengan perkhidmatan WiFi yang disediakan di pangsapuri tersebut.

Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang bertindak sebagai pemantau dan penjaga pangsapuri itu serta merampas wang tunai berjumlah RM930 dipercayai hasil pertaruhan, lapan komputer riba dan dua modem internet.

“Modus operandi menggunakan rumah kediaman atau pangsapuri dengan penggunaan komputer riba dan akses WiFi mula dikesan setelah kejayaan polis menghentikan aktiviti judi berkomputer di premis terbuka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Raja Shahrom berkata siasatan awal mendapati aktiviti judi berkomputer di premis tersebut dijalankan secara tertutup dan terhad kepada pelanggan berdaftar bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Katanya kesemua mereka ditahan reman bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JUDI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori