Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Projek KT Bypass Lewat,...

KUALA TERENGGANU - Projek pembinaan Kuala Terengganu Bypass (KT Bypass) yang sepatutnya siap...

‘Benarkan Bot Bawa Pelarian...

PETALING JAYA - Bot yang membawa pelarian etnik Rohingya dan Bangladesh sepatutnya dibenarkan...

Air Pasang: Enam Beranak...

Bimbang laluan ke rumahnya terjejas akibat fenomena air pasang di sebuah perkampungan atas...

TPM Mahu Lebih Banyak...

SEPANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mahu...

7,200 Anggota Ditugaskan Dalam Ops Bantu, Tumpu 86 Laluan Utama

KUALA LUMPUR – Seramai 7,200 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam Ops Bantu X bermula hari ini, sempena sambutan Tahun Baharu Cina dengan tumpuan kepada 86 laluan utama di seluruh negara.

Operasi itu terbahagi kepada dua fasa iaitu hari ini sehingga 18 Feb untuk fasa pertama manakala fasa kedua pada 22 hingga 24 Feb.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim berkata keseluruhan 14 Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA), 86 Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) dan lebih 200 buah kenderaan JPAM terlibat dalam operasi kali ini.

“Konsep Ops Bantu yang dibawa oleh JPAM bercorakkan ‘Ronda dan Rawat’ dan Respons Kecemasan ini telah memasuki tahun keenam pelancarannya dan kini adalah operasi ke-10.

” Ia memberi impak besar kepada keselamatan dan keselesaan orang awam.

Operasi ini melibatkan rondaan dan bantuan awal kepada mangsa kemalangan, membantu mengawal kesesakan lalu lintas di samping membaiki kenderaan yang mengalami kerosakan kecil,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Ops Bantu X, di Ibu Pejabat JPAM, di sini hari ini.

Ops Bantu merupakan identiti JPAM yang menjadi satu daripada operasi khas setiap tahun terutama pada musim perayaan bagi mengurangkan risiko terhadap pengguna jalan raya terutama yang melibatkan kemalangan. Ia diadakan dua kali setahun.

Dalam perkembangan lain, Alwi memuji pengurusan JPAM dalam urusan penghantaran bekalan keperluan mangsa banjir di beberapa negeri pada Disember lepas dan juga pengurusan pasca banjir.


“JPAM telahpun mengaplikasikan empat model komponen pengurusan risiko iaitu pencegahan, kesediaan, tindakan dan pemulihan,” katanya.

Beliau berkata dengan adanya kesiapsiagaan orang awam, akan memudahkan lagi pengurusan bencana JPAM dan agensi penyelamat lain, seterusnya menjadikan kerja lebih teratur dan berkesan.

Menurutnya, semua aktiviti yang dianjurkan oleh JPAM mampu menjana impak positif terhadap rakyat Malaysia terutama golongan remaja.

“Ini boleh dilihat daripada usaha JPAM dalam memantapkan kesiapsiagaan remaja melalui Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KAPA), Siswa Siwi Pertahanan Awam (SISPA), Pasukan Respons Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT),” kata Alwi.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPAM Datuk Zaitun Ab Samad berkata tahun lepas, sebanyak 830 kes dengan 1,309 mangsa direkodkan sepanjang Ops Bantu VIII sempena Tahun Baharu Cina, manakala 780 kes dengan 3,827 mangsa dilaporkan sewaktu musim perayaan Hari Raya Aidilfitri (Ops Bantu IX).

“JPAM dengan moto ‘Sedia, Pantas dan Berintegriti’ sentiasa siapsiaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sepanjang percutian Tahun Baharu Cina,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPAM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori