Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

48 Jam Berakhir Petang...

KUALA LUMPUR - Kelibat Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol masih...

Sarawak Isytihar Tiga Kawasan...

KUCHING - Sarawak hari ini mengisytiharkan tiga kawasan baharu wabak anjing gila atau...

Ringgit Tak Perlu Ditambat...

KUALA LUMPUR - "Ringgit tidak perlu ditambat kepada dolar AS walaupun pada masa...

Kertas Siasatan Pendakwah Selebriti...

Kuala Lumpur : Dua kertas siasatan membabitkan pendakwah selebriti berusia 40-an yang ditahan...

740 Pati Ditahan Dalam Operasi Di Labuan

LABUAN – Sejumlah 740 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam dua operasi bersepadu yang dijalankan mulai 1 Jan hingga 15 Feb di sini.

Operasi itu yang tertumpu di kawasan penempatan pelarian Kiansam, kawasan setinggan dan tapak pembinaan, diketuai Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pengarah MKN Sabah dan Labuan, Rodzi Mad Saad berkata operasi itu susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), yang antara lain mengesyorkan operasi berterusan yang berkesan terhadap PATI.

Beliau berkata dalam operasi pertama pada Januari, 650 orang ditahan membabitkan warga Filipina (611), Indonesia (38) dan warga lain (seorang).

Rodzi berkata baki 90 orang lagi ditangkap semasa operasi sehari pada Ahad.


“Kesemua mereka antara 1,726 orang yang ditahan dalam operasi itu di beberapa lokasi termasuk di kawasan bandar,” katanya.

Rodzi berkata kesemua PATI yang ditahan, dihantar ke pusat tahanan Papar untuk siasatan mengikut Akta Imigresen dan urusan dengan Kedutaan Filipina untuk pengusiran mereka.

“Kami menganggap operasi ini berjaya, membabitkan anggota daripada Perbadanan Labuan, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, RELA (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia), polis dan Jabatan Laut Sabah,” katanya.

Rodzi berkata operasi mengesan PATI di Sabah dan Labuan akan dipergiat serta diteruskan diketuai MKN untuk membendung kebanjiran pendatang asing. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori