KUCHING – Sebanyak 857 mangsa banjir daripada 213 keluarga masih berada di empat pusat pemindahan banjir di Sarawak setakat tengah hari ini, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri.
Jurucakap MKN berkata, Bahagian Sibu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 656 orang daripada 166 keluarga di sebuah pusat pemindahan dan menurutnya kesemua mereka daripada daerah Selangau.
Di Betong, sebanyak 151 mangsa daripada 28 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan.
Di Mukah, 50 mangsa daripada 19 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan. – BERNAMA