Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PDRM Akan Berjumpa PM...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri...

Kerat Mayat 10 Bahagian:...

MUAR - Seorang remaja lelaki OKU yang dipercayai melakukan pembunuhan kejam dengan mengerat...

PAS Puji Langkah Kerajaan...

PAS menyokong langkah kerajaan untuk menyegerakan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) bagi...

Nombor Plat Termahal PATRIOT...

NOMBOR plat khas PATRIOT 1 yang dilelong secara terbuka menarik perhatian ramai apabila...

98,142.5 Tan Sampah Dibersihkan Di Kelantan

KOTA BAHARU – Sebanyak 98,142.5 tan sampah di seluruh Kelantan dipungut melalui operasi pelupusan sampah dan pembersihan pasca banjir sehingga 29 Jan lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata sampah berkenaan dipungut pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama syarikat Alam Flora Sdn Bhd serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Tiga daerah mencapai tahap pembersihan sepenuhnya iaitu Tanah Merah, Pasir Mas dan Jeli manakala Kota Baharu, Tumpat dan Gua Musang mencapai 95 peratus,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Abdul Fattah berkata kerja pembersihan sampah di daerah Machang mencapai 90 peratus manakala Kuala Krai 80 peratus.

Beliau berkata pungutan sampah paling banyak ialah di Kota Baharu iaitu 40,330 tan diikuti Gua Musang (9,608 tan) dan Kuala Krai (7,837.3 tan).

Kerajaan negeri menyasarkan kesemua sampah pukal dapat dibersihkan hujung bulan lepas bagaimanapun berlaku kelewatan di beberapa kawasan berikutan pelbagai faktor antaranya sesetengah pemilik kedai dan rumah tidak melakukan kerja pembersihan.


Abdul Fattah berkata berikutan perkara tersebut beliau melalui beberapa PBT yang terlibat telah mengeluarkan notis kepada pemilik premis dan kediaman untuk menyegerakan kerja pembersihan.

Beliau berharap orang ramai yang terlibat dengan banjir yang berlaku Disember lalu agar segera membersihkan premis dan kawasan masing-masing supaya sampah dapat diangkut ke tapak pelupusan dengan segera.

Katanya sehingga kini sejumlah RM16.8 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja pembersihan sampah berkenaan.

Beliau berkata pihaknya memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk pembersihan longkang dan jalan yang berdebu di negeri itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori