Bunga rampai diracik-racik,
Makin pandang bertambah cantik,
Bunga rampai harum baunya,
Kalau dah jodoh bertemu jua.
Bait lagu Bunga Rampai nyanyian Zaleha Omar seakan sesuai pulak untuk menceritakan kisah Abby Abadi ini.
Rasanya, peminat hiburan ramai sudah mengetahui hubungan akrab yang terjalin antara Abby Abadi dan seorang ustaz dikenali sebagai Khairul Azli.
Pun begitu, sejauh mana hubungan terjalin antara mereka masih lagi menjadi teka-teki dan misteri.
Tup-tup kecoh khabar angin kononnya Abby bakal berkahwin tidak lama lagi.
Peliknya, bekas pelakon Gerak Khas ini juga nampak seolah-olah memberi hint sebegitu dalam Instagramnya.
http://instagram.com/p/yjnKXfQHfa/?modal=true
http://instagram.com/p/yjlnt5QHdh/?modal=true
http://instagram.com/p/ywzKmdQHZb/?modal=true
Gambar Norman dan Khairul yang dimuat naik Abby dengan status ‘Buat ayah lama & baru…’ menimbulkan tanda tanda banyak pihak.
http://instagram.com/p/y4NOuVwHYW/?modal=true
Tambahan pula, baru-baru ini Abby Abadi meminta bantuan para peminatnya yang sudi meminjamkan dulang hantaran.
http://instagram.com/p/y1HELeQHdT/?modal=true
Haaaa… Jika difikir-fikirkan Abby hendak buat apa dengan dulang tersebut, ye dak?
Apa pun jika benar berita baik ini, alhamdulilah dan tahniah kami ucapkan.
Abby sememangnya layak mengecapi kebahagiaan selepas diuji ekoran gagal dalam dua perkahwinan terdahulu. – MYNEWSHUB.CC
Video Abby Abadi Bercinta Dengan Ustaz
https://www.youtube.com/watch?v=kpn6sxF4tnk