Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Peniaga Dijel 30 Bulan...

KUALA LUMPUR - Akibat merancang untuk membaling bom asap buatan sendiri di sarang...

Southampton Buat Kejutan Benam...

MANCHESTER - Pemain gantian, Dusan Tadic muncul wira Southampton dengan jaringan tunggal membantu...

Mia Sara Kurangkan Aktiviti...

PELAKON kanak-kanak, Mia Sara bakal mengurangkan aktiviti seni bagi menumpukan perhatian terhadap pelajarannya...

Katy Perry Digosipkan Bercinta...

KELIHATAN mesra bersama sebaik selesai majlis anugerah Golden Globe yang semalam, penyanyi Katy...

Adakah Anwar Tahu Lebih Awal Dia Akan Dihukum? – Zaid Ibrahim

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim menganggap ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh pada 10 Februari lepas selepas dikekalkan hukuman adalah seperti sudah dikarang terlebih dahulu.

Mohd Zaid yang juga seorang peguam berkata ramai orang tidak perasan bahawa susunan kata-kata Anwar yang ditujukan kepada panel lima hakim Mahkamah Persekutuan itu ayatnya ‘berbunga-bunga’ seperti sudah disediakan terlebih dahulu.

“Adakah dia tahu lebih awal bahawa dia akan dijatuhkan hukuman? Adakah kata-kata itu tercetus akibat dibakar keperitan dan ketakutan dikenakan hukuman penjara lebih panjang? Atau adakah ucapan itu disediakan oleh seorang penulis ucapan hebat yang mahu ia diingati generasi akan datang?

BACA – Anwar Ibrahim Yakin Akan Terselamat

 

Petikan blog Datuk Zaid Ibrahim.
Petikan blog Datuk Zaid Ibrahim.

“Dia telah menyerang para hakim dengan kata-kata yang sangat tersusun dan terpilih. Dia menyifatkan para hakim sebagai pengecut kerana mengikut telunjuk tuan politik,” kata Zaid dalam tulisan di blognya www.zaid.my.

Dalam ucapan Anwar itu, Zaid berkata Ketua Umum PKR itu telah mempertikai bahawa hakim telah memilih ‘kegelapan’ dan menghancurkan moral mereka dalam kepalsuan.

Menurut beliau, Anwar turut mempersoal kenapa mereka tidak mengambil peluang untuk menebus imej kehakiman dan turut membidas para hakim kerana mensia-siakan peluang untuk mengukir nama sebagai pejuang keadilan.

Dalam tulisannya, Zaid berkata ucapan dari dalam kandang itu walaupun pendek namun telah dikarang dengan baik supaya ia kelihatan sebagai satu ucapan bersejarah oleh tokoh politik dunia seperti Nelson Mandela, Mahatma Ghandi atau Socrates.

Anwar dikatakan cuba meletakkan dirinya setaraf dengan ikon-ikon berkenaan yang juga menjadi mangsa penindasan dan juga mereka adalah pejuang yang hebat.

Kemudian, Anwar menggunakan pula kata-kata yang pernah diucapkan oleh Winston Churchill, “Saya tidak akan menyerah kalah,” sewaktu membuat ucapan itu.

“Saya berpendapat, di sini, Anwar telah melampaui batas.


Ucapan Anwar Di Dalam Mahkamah Persekutuan

http://youtu.be/eTtI6RC_T6Y

“Adalah suatu yang biasa untuk tidak bersetuju dengan keputusan para hakim, atau untuk mengkritik pertimbangan mereka, namun untuk menuduh mereka itu bersubahat dan terlibat dalam perancangan politik untuk memenjarakan dirinya (Anwar) adalah tuduhan tanpa asas dan layak dikecam,” kata Zaid.

Zaid memberitahu, jika Anwar dan pasukan pembelaannya mempunyai bukti kukuh bahawa hakim-hakim tersebut ‘bersubahat’ dengan pemimpin politik tertentu untuk memenjarakan beliau, mereka sepatutnya sudah memohon untuk menukar barisan hakim lebih awal.

“Hakim-hakim ini tidak mungkin menjadi pembelot kepada sistem keadilan semudah itu, hanya kerana keputusan mereka dalam kes Anwar,” kata Zaid.

Anwar pada 10 Februari berkenaan dikekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan selepas rayuan pasukan pembelaan untuk mengetepikan hukuman itu ditolak Mahkamah Persekutuan.

Kini, Anwar sedang menjalani hukumannya di Penjara Sungai Buloh.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori