Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

JPJ Perlis Anjur Program...

KANGAR – Hampir 1,000 orang memanfaatkan program ‘Hari JPJ Bersama Anda’ untuk membayar...

Bianco Mimosa Perkenal Koleksi...

JENAMA fesyen terkenal Bianco Mimosa (BM) tampil memperkenalkan rangkaian pakaian lelaki untuk memberikan...

Penumpang Maut,Kereta Rempuh Besi...

SEREMBAN - Seorang penumpang maut setelah kereta Proton Persona yang pandu rakannya terbabas...

Kepala Hampir Putus Masih...

REMAJA ini masih dapat menahan kesakitan meskipun kepalanya hampir putus akibat diserang dengan...

Agenda Transformasi PLKN Tidak Bersifat Kosmetik

PUTRAJAYA – Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bukan bersifat komestik sebaliknya akan membawa perubahan dan penambahbaikan yang signifikan dan bermakna, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata PLKN tidak harus dilihat sebagai suatu kem yang dipenuhi dengan aktiviti menyanyikan lagu-lagu patriotik dan pembakar semangat atau program latihan wajib yang hanya dipenuhi dengan pekikan-pekikan slogan semata-mata.

“Orang di luar sana mahu melihat perubahan besar untuk kita meyakinkan ibu bapa dan anak-anak mereka supaya menyertai PLKN secara sukarela,” katanya pada majlis sesi perbincangan Makmal Tranformasi PLKN di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Makmal transformasi PLKN akan berlangsung selama lima minggu bermula 23 Feb hingga 26 Mac ini, disertai 85 orang pihak berkepentingan mewakili kementerian, agensi kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO), penggiat industri, golongan muda, jurulatih, alumni dan operator kem PLKN.

Hishammuddin berharap makmal itu mencari formula terbaik untuk menjadikan PLKN sebagai satu wadah meningkatkan penglibatan golongan muda tanpa mengira warna kulit dan ideologi politik, serta kekal relevan dan bersifat praktikal dengan tuntutan dunia hari ini.

“Situasi dunia kini penuh kebencian, pepecahan, keganasan dan pembunuhan. Ketika dalam latihan PLKN, mereka dapat bersama melihat situasi dunia agar tidak hidup di dalam tempurung dan tidak terikut-ikut emosi dan membincangkan sesuatu secara rasional dan matang. Itu adalah harapan saya,” katanya.


PLKN diperkenalkan pada 2004 sebagai satu platform melatih dan menanam semangat cintakan negara serta membentuk jati diri dan personaliti yang utuh dalam kalangan golongan muda.

Sepanjang 10 tahun pengenalannya, sebanyak 832,712 pelatih berjaya melepasi program ini.

Dalam perutusan khas tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara pada 10 Jan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penangguhan PLKN bagi sesi 2015 sebagai langkah penjimatan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia.

Pelaksanaan makmal itu selaras dengan hasrat Najib sewaktu Bajet 2015 yang mengumumkan strategi pertama dalam Pelan Transformasi Belia Negara, iaitu untuk ‘mengkaji semula PLKN dengan satu konsep baharu yang menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan’.

Makmal itu diadakan untuk mendapatkan maklum balas berhubung transformasi yang ingin dilaksanakan terhadap PLKN yang seterusnya menghasilkan satu resolusi dibentuk menjadi pelan tindakan bagi menjayakan transformasi PLKN.
Hishammuddin berkata walaupun pelaksanaan PLKN ditangguhkan pada tahun ini, ruang itu akan digunakan untuk melatih semula kakitangan dan jurulatihnya sebagai persiapan untuk melaksanakan transformasi PLKN secara menyeluruh. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PLKN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori