Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

Apa Hubungan Parti MUDA...

Mungkin ramai sudah terlupa tentang Numan Afifi. Seorang aktivis lesbian, gay, biseksual dan...

Semoga UMNO Terus Memayungi...

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua ahli...

38 Maut, Wabak Selesema...

YANGON - Seramai 38 daripada 400 pesakit yang dijangkiti influenza A/H1N1 atau selesema...

Kerajaan Perak Saring Bakal...

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sememangnya...

Agrobank Lancarkan Kad Bisnes Agro Visa Debit-i Malaysia

KUALA LUMPUR – Agrobank hari ini melancarkan KAD AGRO VISA DEBIT-i untuk peruncit dan usahawan milikan tunggal yang membolehkan pelanggan mengakses simpanan mereka di Agrobank secara elektronik melalui rangkaian Visa tempatan dan antarabangsa. Dengan pelancaran kad ini, Agrobank merupakan bank pertama di Malaysia dan Asia Pasifik yang memperkenalkan produk kad debit untuk usahawan berlandaskan prinsip Shariah.

KAD AGRO VISA DEBIT-i dilancarkan secara rasmi oleh Y.B. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MoA), ketika Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya.

Turut hadir di pelancaran tersebut ialah En. Ng Kong Boon, Pengurus Visa International (Malaysia), Tan Sri Faizah Mohd Tahir, Pengerusi Agrobank dan Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank. Lebih daripada 600 tetamu menghadiri acara tersebut.

Dalam ucapannya, Y.B. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob memuji Agrobank atas usaha dan inisiatif berterusan untuk meningkatkan dan memperbaiki produk dan perkhidmatan kepada pelanggan. “Kad debit ini mempunyai banyak faedah kerana ia tidak memerlukan bukti pendapatan dan tiada caj dikenakan untuk pembayaran lewat. Oleh itu, kad ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat, terutama yang terlibat dalam industri pertanian serta langkah untuk menggalakkan penggunaan kad debit akan menyokong inisiatif kerajaan untuk mempromosikan gaya hidup tanpa tunai menjelang 2020 kerana pembayaran transaksi elektronik adalah lebih efisien, mudah dan selamat berbanding membawa wang tunai yang banyak,” katanya lagi.

Menurut Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Agrobank berbangga dapat bekerjasama dengan VISA sebagai pembekal rangkaian kad global. “Dengan pengenalan Kad Agro Visa Debit-i, Agrobank berhasrat untuk mewujudkan khidmat nilai tambahan untuk mempertingkatkan tawaran produk dalam memenuhi permintaan dan keperluan segmen pelanggan perusahaan kecil dan sederhana yang bertambah untuk kemudahan dan servis pembayaran yang lebih selamat”.

“Pemegang akaun sedia ada yang mahu menukar kad ATM mereka kepada Kad Agro Visa Debit-i yang baharu boleh menukarkannya dengan percuma, tanpa sebarang caj penggantian kad. Agrobank komited dalam memperkenalkan produk inovatif baharu yang bersesuaian dengan warga tempatan untuk kekal berdaya saing, sejajar dengan perubahan industri kad pembayaran oleh Bank Negara Malaysia yang bakal mengubah sistem pembayaran negara dalam menyokong usaha menuju ke arah komuniti tanpa tunai,” tambah Dato’ Wan Mohd Fadzmi.

“VISA berpuas hati kerana dapat berganding dengan Agrobank untuk melancarkan kad Perniagaan Visa Debit Islamik yang pertama di rantau ini. KAD AGRO VISA DEBIT-i untuk perniagaan akan memberi manfaat kepada pemegang kad yang sering menanggung perbelanjaan perniagaan kerana ia mengurangkan kesulitan membawa wang tunai dan penjimatan masa dalam penyelarasan perbelanjaan. Ia juga menyediakan fungsi e-Dagang untuk kemudahan pembelian atas talian,” kata En. Ng Kong Boon, Pengurus Visa International (Malaysia).

Kad ini juga boleh digunakan untuk transaksi di lebih 30 juta rangkaian VISA seluruh dunia, sama ada pembelian langsung atau atas talian. Ia juga boleh digunakan untuk pengeluarkan wang tunai di 2 juta mesin ATM di seluruh dunia.

Dalam sebulan selepas memperkenalkan kad ini, Agrobank telah mengeluarkan hampir 20,000 KAD AGRO VISA DEBIT-i dan menyasarkan untuk mencapai satu juta pemegang kad debit dalam masa tiga tahun pertama.


Kad ini menawarkan pengguna dengan risiko yang lebih rendah berbanding dengan membawa wang tunai. Kad ini juga ditambah dengan ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan oleh bank dan mengikut piawaian antarabangsa. Permohonan untuk KAD AGRO VISA DEBIT- i boleh dilakukan di mana-mana cawangan Agrobank seluruh negara yang terdekat, atau untuk makluman lanjut boleh hubungi 1300-88-2476 (AGRO).

Foto yang disertakan bersama-sama siaran akhbar ini boleh dilihat di: http://mrem.bernama.com/mrembm/nteprimages/Agrobank2.jpg

SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

Nama: Nor Faeza Sabari
Ketua Bahagian, Perhubungan Awam Jabatan Komunikasi Korporat
Tel : +603 2731 1600 Ext. 1672
Mobile: +6019 352 0158
Email: [email protected]

Nama: Grace Tan
Senior Manager VISA Worldwide Pte. Limited
Tel : +65 6671 5468
Email: [email protected]

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori