Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Choon How Raih Pingat...

MANILA - Atlet wushu, Loh Choon How merakam kemenangan berganda apabila dia meraih...

Ketua ‘Geng Hanis’ Hadapi...

ALOR SETAR - Ketua kumpulan 'Geng Hanis' yang aktif melakukan rompakan menggunakan parang...

Kesemua Pemain Cukup Bersedia...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Johor Darul Ta'zim...

Zaid Hanya Mahu Cari...

KOTA BHARU - Tindakan Datuk Zaid Ibrahim mengarahkan peguamnya di Australia mengambil kes...

Ahli Kongsi Gelap Maut Ditembak Di Banting

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang juga ahli kumpulan kongsi gelap maut selepas ditembak individu tidak dikenali dalam kejadian di Jalan Utama 4, Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang, Banting, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, mangsa berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terkena beberapa das tembakan di bahagian badannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata mangsa yang memandu seorang diri dikatakan dalam perjalanan menuju ke rumahnya selepas bertemu beberapa orang rakan sebelum kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa didatangi individu tidak dikenali lalu mereka melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya sebelum melarikan diri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh dan setakat ini dua lelaki berusia 26 hingga 29 tahun sudah ditahan awal pagi tadi di sekitar Banting untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, sebentar tadi. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori