Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PM: Tiada Lagi Kelulusan...

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan proses tata kelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi...

Warga Myanmar Didakwa Cuba...

ALOR SETAR - Seorang buruh kasar warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di...

KL2017: Thailand Cipta Dua...

SHAH ALAM - Thailand, juara bertahan futsal wanita mempamerkan permainan penuh dramatik pada...

Anwar Mahu Serah Semua...

Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yakob dan kerajaan kerana bersetuju menambahbaik taraf Parlimen dan fungsi Ketua Pembangkang seperti yang selayaknya dalam mana-mana negara demokratik di dunia

Ahli MCA 21 Tahun Ke Atas Wajib Jadi Pengundi Berdaftar

KLANG – Semua ahli MCA berusia 21 tahun ke atas diwajibkan untuk menjadi pengundi berdaftar, kata Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, parti itu kini membantu ahli-ahlinya yang masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk berbuat demikian.

Ahli baharu, katanya, dikehendaki untuk mengisi borang SPR setelah mendaftar.

“Ini amat penting. Rakyat perlu menunaikan tanggungjawab dan hak mereka untuk mengundi pada pilihan raya umum (PRU) untuk memastikan demokrasi,” katanya ketika melawat pusat perkhidmatan MCA di Pandamaran di sini, Ahad.

Pada majlis itu, Dr Wee menerima profil lima pemimpin bahagian yang dinamakan sebagai calon berpotensi untuk kerusi Parlimen Klang dan tiga kerusi di negeri itu pada PRU akan datang.


Lima calon tersebut adalah ketua bahagian Datuk Teh Kim Poo, Timbalan Ketua Datuk Ching Eu Boon, Timbalan Setiausaha Lee Chen Seng, Ketua Pemuda Tee Hooi Ling dan Timbalannya, Tan Bok Koon.

Dr Wee turut mengingatkan pemimpin di peringkat akar umbi dan ahlinya untuk bersedia menghadapi PRU akan datang.

“MCA kembali kuat dan lebih baik. Kami akan terus memberikan tentangan pada PRU dan tidak akan mengalah,” katanya.

Beliau berkata rakyat mula mendapat keyakinan terhadap parti dan mengiktiraf usaha keras serta keupayaan mereka. – mStar Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • MCA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori