Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Chelsea Enggan Jual Willian...

MANCHESTER United menyuarakan hasrat untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea, Willian tetapi juara Liga...

Permaisuri Johor Melawat Mangsa...

KOTA TINGGI - Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari...

Komplot Jatuhkan Najib, 3...

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis...

Jangan Gunakan Sekolah Raih...

ISKANDAR PUTERI - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk...

Ahli Perniagaan Mengaku Tidak Bersalah Tipu Babitkan RM1 Juta

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan syarikat perlombongan bijih besi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan RM1 juta, empat tahun lepas.

S Ganesan, 39, didakwa menipu Armin Iskandar Abdullah, 43, untuk mempercayai bahawa dia boleh membekalkan 10,000 tan metrik “iron ore magnetite” gred minimum 62 peratus dari lombong miliknya.

Perbuatan itu didakwa mendorong Armin Iskandar menyerahkan wang deposit menerusi cek bernilai RM1 juta atas nama seorang lagi individu kepada Ganesan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di TM Selvam Trading, Off Jalan Chan Sow Lin, Cheras di sini pada 11 April 2011 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zamran menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran.

Bagaimanapun, peguam Datuk K Kumaraendran memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan anak guamnya tidak mempunyai rekod jenayah.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan Ganesan diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Mac untuk sebutan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori