NEW YORK, Amerika Syarikat – Cuaca yang melampau menyebabkan Air Terjun Niagara menjadi beku selepas suhu jatuh pada paras 8 Celsius kelmarin.
Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Awam kawasan air terjun tersebut, Michelle Blackley berkata, fenomena yang menakjubkan itu telah menarik banyak kunjungan orang ramai yang ingin menyaksikan sendiri keadaan air terjun tersebut yang sedang membeku.
“Berikutan air terjun itu yang cukup popular dan sering mendapat perhatian, ia telah menarik minat ramai pengunjung untuk menyaksikan sendiri keindahan air terjun tersebut ketika membeku,†katanya.
Cuaca sejuk itu dikatakan akan berterusan dan berkemungkinan besar seluruh bahagian timur termasuk sebahagian Florida akan dilanda suhu melampau yang jatuh bawah tahap beku.
Pejabat-pejabat kerajaan di Washington DC ditutup baru-baru ini ekoran ancaman salji tebal dan ais yang mengakibatkan perjalanan menggunakan kenderaan bertambah sukar, manakala Coleman, Kentucky dikatakan dilanda salji paling teruk. – Agensi