Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Johan Tak Suka Peminat...

PELAWAK dan penyampai radio terkenal, Johan berkata dia tidak suka dengan sikap peminatnya...

Abdullah Kassim Meninggal Akibat...

KUALA LUMPUR - Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara...

Polis Siasat Kes Sebar...

KUALA LUMPUR - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes penyebaran senarai nama 121...

PM Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengucapkan tahniah...

AirAsia Catat Pertumbuhan Penumpang 7% Pada 2014

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd merekodkan pertumbuhan tujuh peratus bagi trafik penumpang pada tahun kewangan 2014, menjadikan jumlah keseluruhan penumpang yang diterbangkan sebanyak 45,6 juta.

Dalam satu kenyataan di sini Selasa, syarikat itu berkata pencapaian tersebut selari dengan pertumbuhan kapasitinya, yang berada pada lapan peratus, dan membolehkan syarikat menutup prestasi tahun itu dengan faktor muatan 78 peratus.

Bagi suku keempat yang berakhir 31 Dis 2014, faktor muatan syarikat itu menurun tiga mata peratusan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, manakala jumlah penumpang meningkat dua peratus kepada 12.1 juta.

“Semasa tempoh suku yang dikaji, hanya sebuah pesawat tambahan dimasukkan ke dalam sistem, manakala 18 pesawat ditambah tahun-ke-tahun, menjadikan jumlah keseluruhan saiz kumpulan bagi syarikat itu sebanyak 172 pada akhir 2014,” katanya.

Bagi tahun kewangan 2014, AirAsia Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan pertumbuhan penumpang kepada 22.1 juta dengan faktor muatan 79 peratus, manakala pertumbuhan penumpang AirAsia Thailand menokok 16 peratus atau 12.2 juta dengan faktor muatan 80 peratus.


Rakan sekutu AirAsia Indonesia, yang mengalami pelaksanaan rasionalisasi laluan, merekodkan faktor muatan yang kukuh sebanyak 78 peratus pada tahun kewangan sebelumnya, dan mengekalkan jumlah keseluruhan penumpang 7.9 juta.

AirAsia Philippines pula meraih peningkatan tujuh mata peratusan bagi faktor muatan 70 peratus dan membawa 3.0 juta penumpang keseluruhannya, naik 36 peratus.

AirAsia India, yang memulakan operasi pada Jun 2014, memperoleh faktor muatan 80 peratus dengan jumlah keseluruhan 350,000 penumpang yang dibawa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori