Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Mereka Datang Naik Bas,...

SINDIR... "Apa yang dimaksudkan PH (Pakatan Harapan) dengan bagi Orang Asli terbabit hanya...

Ringgit Tidak Akan Ditambat...

KUALA LUMPUR - Ringgit tidak akan ditambat walaupun turun naik sejak kebelakangan ini...

‘Rakaman RTM Sebelum Najib...

Jabatan Penjara Malaysia menegaskan bahawa tiada sebarang rakaman video membabitkan bekas perdana menteri...

Lelaki Kumpul Duit Syiling...

SEMEMANGNYA benar cinta itu tiada sempadan dan sesiapa sahaja sanggup melakukan apa sahaja...

AirAsia Perkenal Pas Dan Pas+ ASEAN AirAsia

KUALA LUMPUR – AirAsia memperkenalkan ‘Pas ASEAN AirAsia’ dan ‘Pas+ ASEAN AirAsia’ dalam usaha melonjak pelancongan serantau dengan pengalaman perjalanan yang terbaik.

AirAsia berkata pemegang Pas ASEAN AirAsia dan Pas+ ASEAN AirAsia boleh menikmati penerbangan pada kadar rata dengan lebih 148 laluan di seluruh 10 negara ASEAN.

“Pas itu berfungsi seperti mata wang tunggal, ia mengurangkan karenah kadar pertukaran mata wang asing memandangkan penerbangan dinilai mengikut kredit, membolehkan pelanggan menjadi kreatif dalam merancang perjalanan mereka melalui ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan.

Pas berkenaan boleh didapati mulai hari ini di wwww.airasia.com, dengan Pas ASEAN AirAsia dijual pada harga RM499 untuk 10 kredit manakala Pas+ ASEAN AirAsia berharga RM888 dengan 20 kredit.

Penerbangan yang mengambil masa bawah dua jam dinilai dengan satu kredit, manakala penerbangan melebihi dua jam dan ke atas dinilai dengan tiga kredit dengan tanpa dikenakan bayaran memproses bagi penebusan penerbangan menggunakan kedua-dua pas berkenaan.


Bayaran/cukai lapangan terbang dan bayaran lain perlu dibayar berasingan.

Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata pas berkenaan membolehkan syarikat tersebut menjadi penghubung dan menarik lebih ramai pelancong asing ke rantau itu, ia juga instrumen sempurna untuk mempromosikan penyepaduan ASEAN.

“Kami berusaha dengan peningkatan tambahan yang akan memberi manfaat lagi kepada pelanggan yang melancong dari destinasi bukan ASEAN,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori