Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Industri Pertahanan Negara Perlu...

PORT DICKSON - Aktiviti perindustrian pertahanan ketenteraan yang bertujuan meningkatkan tahap pertahanan negara...

PH Zalim ‘Curi’ Duit...

PENYAMUN... Pakatan Harapan (PH) boleh dianggap sebagai sebuah kerajaan zalim kerana berani bertindak...

Caj Mahal: Ada Kad...

SALAH seorang daripada pasangan suami isteri pengusaha sebuah pusat rawatan Islam di Jasin, Melaka...

Ambil Anak Di Taska...

SHAH ALAM - Seorang lelaki berkongsi beberapa keping gambar di media sosial yang...

Akaun Peribadi Facebook Si Mati Bakal Boleh Diwarisi

WASHINGTON DC – Pihak pengurusan laman sosial popular Facebook akan membekukan akaun penggunanya secara automatik setelah mesin pengiraan algoritma Facebook mengenal pasti si pemiliknya sebagai telah pun lama meninggal dunia.

Akhbar The Wall Street Journal pada Jumaat melaporkan, pengguna bagaimanapun sebelum meninggal dunia akan diberi pilihan terhadap kelangsungan akaunnya itu termasuk mewariskan kepada pengguna lain yang sudah dinyatakan sebagai pewaris.

Facebook kini dalam proses membuat ciri-ciri yang diberi nama “legacy contact” atau kenalan pewaris bagi memudahkan pengguna mengatur wasiat siapakah yang boleh meneruskan akaun peribadi miliknya setelah dia meninggal dunia kelak.

Gambar hiasan

Ciri-ciri baharu tersebut dicadangkan seumpama penama harta pusaka akan diperkenalkan untuk pengguna Facebook di Amerika Syarikat terlebih dahulu, sebelum diperluaskan kepada pelanggan laman itu di seluruh dunia secara berperingkat.

Namun, pengguna yang enggan mewariskan akaun miliknya itu kerana bimbang pewarisnya mungkin menyalahgunakan kepada perkara tidak sepatutnya masih diberi pilihan kedua iaitu menghapuskan langsung akaun tersebut selepas dia meninggal dunia.

Jika pengguna memilih pilihan kedua, secara automatik pihak pasangan si mati atau saudara mara, keluarga waima anak, cucu atau rakan sendiri tidak lagi dapat mengedit apa-apa maklumat terbaharu ke dalam laman akaun Facebook berkenaan.


Gambar hiasan

Kecuali si mati sudah meletakkan nama pewaris, individu baharu itu bukan sahaja akan dapat mengolah akaun Facebook tersebut, malah satu pesanan seperti “batu nisan digital” akan dipaparkan bagi memaklumkan pemilik asal telah pun mati.

Legacy contact juga boleh ditulis sebarang mesej untuk ditampilkan di halaman paling atas profil Facebook sebagai menggantikan foto profil, dan memberi maklum balas berdasarkan kepada permintaan pengguna itu sendiri.

Setakat ini, pengendali laman internet yang telah membenarkan penggunanya mewariskan akaun miliknya adalah Google apabila gergasi siber tersebut menjadi firma yang pertama memperkenalkan ciri-ciri warisan penama pada 2013 lalu.

Ramai mungkin tidak sedar, antara perkhidmatan Google yang boleh diwariskan setelah pemiliknya meninggal ialah Gmail, aplikasi penyimpanan ‘cloud’, serta beberapa servis lain yang dapat dirujuk sebagai “inactive account managers.” – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori