GAMBAR menunjukkan tanda ‘salute’ atau hormat kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz daripada pemain Kelantan Wan Zack Haikal kini menjadi viral di laman sosial.
Pemain nombor 11 itu dilihat memberikan aksi tabik hormat sambil menunjukkan bajunya yang tertera gambar bekas Menteri Besar Kelantan berkenaan, selepas pasukannya, The Red Warriors menewaskan Lions X11, malam tadi.
Wan Zack yang juga pemain sayap kanan Harimau Malaya dipuji kerana tampil dengan pakaian menutup aurat iaitu tidak menampakkan lutut.
Dalam perlawanan Liga Super malam tadi, pasukan The Red Warriors mempamerkan aksi cemerlang apabila melakar kemenangan kedua berturut-turut menumpaskan Singapura dengan jaringan 2-0.
Kemahhhh ore kito, terrr..baik Wan Zack! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd