Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Sibu Sedia Terima Kawasan...

SIBU - Sibu, pintu masuk ke kawasan tengah Sarawak, bersedia untuk mendapatkan kawasan...

TPM Wan Azizah Puas...

KOTA BHARU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Tebusan Israel Pegang Baju...

GAZA - Tiga tebusan Israel yang tersilap dibunuh oleh tentera zionis itu di...

Lara Alana Masih Belum...

PENGACARA Awal Ashaari mengakui dia dan isteri, Scha Alyahya masih belum mempunyai perancangan...

Aktor Terkenal Indonesia, Alex Komang Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Aktor terkenal Indonesia, Alex Komang atau nama sebenarnya Saifin Nuha menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8 malam tadi (waktu Indonesia) akibat kanser hati tahap empat.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 54 tahun di Rumah Sakit Umum Pusat di Kariadi, Semarang, Jawa Tengah.

Alex mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Noor Ashikin Sultan Abu Bakar pada 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang puteri, Aisyah Hanna Amani.

Allahyarham hujung tahun lalu dilihat masih bersemangat mempromosikan filem Gunung Emas Almayer lakonannya. Filem berkenaan yang diberi judul Hanyut di Malaysia masih tertunda tayangannya di sini.

Teman artis seberang seperti Melly Goeslow turut mengucapkan takziah dengan memuat naik gambar Allahyarham di laman instagram.


Di laman twitter turut dibanjiri ucapan takziah kepada keluarga allahyarham.

Antara filem lakonan Allahyarham seperti Surat Dari Bulan, Laskar Pelangi dan Puteri Gunung Ledang terbitan produksi Malaysia.

Filem lain lakonan Alex ialah Secangkir Kopi Pahit, Ibunda, Doea Tanda Mata dan Pacar Ketinggalan Kereta. – BHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori