Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dua Nyawa Melayang Angkara...

PORT DICKSON : Kegembiraan enam remaja yang dalam perjalanan untuk bersiar-siar di Seremban,...

Bill English Dipilih Terajui...

WELLINGTON - Parti pemerintah New Zealand, Parti Nasional, melantik Bill English sebagai Perdana...

Krisdayanti Pesan Supaya Siti...

SEBAGAI rakan baik dalam industri hiburan, penyanyi terkenal dari Indonesia, Krisdayanti turut mendoakan...

Cina Rasis Ini Maki...

NAMPAKNYA kekecohan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan diketuai DAP cuba menggagalkan RUU 355 di...

Alam Wakaka Ajar Pasangan Selebriti Popular Menari

SELAIN mewujudkan kelas tarian untuk mereka yang berminat mempelajari seni tarian, koreografer terkenal, Alam Wakaka atau nama sebenarnya Muhamad Haslam Abd Rahman turut sama mengajar beberapa selebriti terkenal untuk tujuan tersebut.

Menurut Alam jika sebelum ini dia mengajar gerak tari untuk Fara Fauzana dan Atai untuk iklan sebuah produk, terbaharu dia juga diberi tugas yang sama untuk melatih pasangan selebriti popular serta anak mereka dalam produk iklan yang serupa.

Ketika ditanya mengenai cabaran mengajar selebriti-selebriti popular yang perlu dilatihnya, Alam menyatakan tidak timbul sebarang kesukaran kerana yang penting kedua-dua pihak saling hormat-menghormati dan memahami tugasan masing-masing.

“Saya tak menghadapi sebarang kesukaran dalam mengajar artis popular yang penting kedua-dua pihak saling faham-memahami kerja masing-masing,” katanya ketika ditemui Mynewshub dalam Majlis Pertunjukan Fesyen KL High Street 2015 yang berlangsung di Black Box, Publika, baru-baru ini.

ALAM

Walaupun mengakui jadualnya kini bertambah sibuk, Alam, 29, tetap tidak melupakan impiannya untuk menubuhkan sebuah sekolah tarian yang berkemungkinan besar akan dibuka sama ada di Petaling Jaya atau Subang Jaya kelak.

“Saya melihat seni tarian di Malaysia semakin berkembang dari hari ke sehari dan InsyaAllah tak lama lagi Alam akan buka satu studio tarian dan lokasinya mungkin sama ada di PJ atau Subang.


“Buat masa sekarang Alam dah buka kelas tarian tapi Alam tiada masa untuk mengajar sebab jadual pack dengan show. Dulu Alam mengajar tapi sekarang stop mengajar sekejap.

Ketika ditanya mengenai pendapatnya tentang kebanyakan ibu bapa kini yang gemar mendaftarkan anak mereka ke kelas-kelas tarian, Alam melihat fenomena ini sebagai sesuatu yang positif dan seharusnya diaplikasikan buat ibu bapa di luar sana.

“Daripada biar mereka (anak-anak) main komputer sampai rosak mata, lebih baik bagi mereka menari kerana menari baik untuk kesihatan,” katanya dalam nada berseloroh.

Walaupun minatnya lebih kepada tarian, namun Alam tetap tidak menolak tuah apabila ditawarkan menjadi hos untuk sebuah program jual beli produk di Hypp TV. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: ƃā€šĆ‚Ā JULIANA JOHAR

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori