Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ada Tiga Saksi Lihat...

Kuala Lumpur : Saksi pendakwaan pertama kepada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd...

Rakyat Sabah Teruja Dengan...

KOTA KINABALU - Rata-rata rakyat Sabah begitu teruja dengan kewujudan Pusat Transformasi Bandar...

Hina Polis, Pemandu Lori...

PETALING JAYA - Seorang pemandu lori sampah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari...

Majikan Degil, Proses E-Kad...

PUTRAJAYA - Kedegilan majikan untuk tampil buat pendaftaran disifatkan sebagai punca proses permohonan...

Allah Akan Lindungi Ulama PAS – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan pihak yang mahu menjatuhkan ulama PAS bahawa Allah S.W.T sentiasa melindungi golongan itu.

Beliau yang juga anak Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Allah S.W.T pasti mempertahankan para ulama daripada musuh mereka termasuk musuh politik.

“Allah S.W.T pasti mempertahankan para ulama yang mengepalai orang-orang yang beriman daripada segala kejahatan musuh luar dan dalam.

“Orang politik, jika mahu selamat, jadilah orang yang beriman dan jangan sesekali merancang jahat ke atas para ulama. Kota mereka terlalu kukuh untuk dirobohkan,” tegasnya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook beliau ini.


Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas sebelum ini pernah mendedahkan terdapat konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama parti itu.

Kata beliau, usaha menjatuhkan kelompok ulama PAS itu dibuat kerana pihak terlibat bimbang dengan dasar konsisten parti itu untuk menegakkan Islam.

Jelas beliau, serangan tersebut dilakukan dengan melemahkan pimpinan dalaman kerana tidak mahu PAS menjadi parti yang kuat dan mendominasi Pakatan Rakyat (PR). – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori