Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Info Disalur SPRM Punca...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Roti Bakar Ilham Daripada...

DAH jemu dengan bentuk dan rasa roti buku yang biasa ditemui di kebanyakan...

OnePlus X Kini Boleh...

ONEPLUS X merupakan salah satu telefon terbaru daripada OnePlus yang telah diumumkan baru-baru...

Peralihan Gabenor BNM Tak...

PETALING JAYA - Peralihan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan menggugat keyakinan...

Amanita Kedah Terima 22 Buah Skuter Hari Ini

ALOR SETAR – Skuad Polis Aman Wanita (Amanita) Kedah pada Rabu menerima 22 buah skuter jenis Honda Spacy bagi memudahkan skuad itu mendekati golongan hawa di negeri ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Seri Zamri Yahya berkata setiap anggota Amanita di ibu pejabat Polis daerah di Kedah akan menerima dua skuter untuk tujuan itu.

“Ia bertujuan membolehkan anggota dan polis wanita mendekati ataupun reach out kaum wanita di daerah masing-masing bagi tujuan pencegahan jenayah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan skuter di sinii.

Pada majlis di dataran kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah itu, seramai 22 wakil Amanita setiap IPD daerah menerima skuter daripada Ketua Polis Kedah.


Skuad Amanita, inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dilancarkan Mac 2013, memerlukan polis wanita mendekati setiap lapisan golongan hawa terutama suri rumah untuk mengetahui permasalahan berkaitan jenayah di kawasan persekitaran tempat tinggal mereka.

Sementara itu, Penasihat Amanita Kedah ACP Surina Saad berkata Amanita Kedah pada masa kini giat mendekati kaum wanita dengan tumpuan kepada kawasan perumahan melalui penganjuran beberapa program setiap bulan.

“Dengan ini kita akan dapat lebih mendekati wanita dan mereka tidak segan silu menceritakan masalah. (Secara tidak langsung) kita menjadi perantara antara pihak polis dengan masyarakat,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori