Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ringgit, Bursa Kukuh Susulan...

USAHA kerajaan menambah baik perjalanan ekonomi dan pengurusan fiskal berhemah mula membuahkan hasil...

MB Terengganu Beri Semangat...

KUALA TERENGGANU - “Trust yourself and be confident (percayakan diri dan yakin),” itu...

Masalah Keciciran Perlu Dipandang...

PADANG BESAR - Isu keciciran pelajar sekolah di Perlis akibat kemiskinan harus dipandang...

Curi Tayar, Remaja Dikenakan...

KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara mahkamah apabila seorang bapa mengalirkan...

Ambil Langkah Berjaga-Jaga Ketika Cuaca Panas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak daripada penyakit berkaitan kepanasan ketika cuaca panas yang bakal melanda negara nanti.

“Musim panas berpanjangan dijangka akan melanda negara tidak lama lagi, dan saya harap anda semua akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk kekal sihat dan mengelakkan diri daripada penyakit berkaitan kepanasan,” katanya dalam catatan terbaharunya di laman Facebook dan Twitter.

Beberapa kawasan dalam negara kini mengalami cuaca panas dan kering yang merupakan fenomena fasa akhir musim tengkujuh dan keadaan itu diramal berlaku sehingga penghujung Mac.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail, keadaan cuaca sekarang belum mencapai tahap ‘gelombang panas’ dan masih dikategorikan sebagai normal.

Suhu di Malaysia ketika ini adalah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • panas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori