PELAKON lelaki yang sering kali dikaitkan dengan kontroversi, Ammar Alfian berharap agar orang ramai tidak lagi memperbesar-besarkan gambar separuh bogelnya yang diambil beberapa tahun lalu.
Baru-baru ini kecoh apabila gambar sesi penggambaran Ammar bersama seorang model wanita dalam keadaan separuh bogel tersebar menerusi laporan sebuah akhbar tempatan.
Menjelaskan perkara itu, Ammar berkata, “Saya harap orang ramai tidak sebarkan gambar-gambar itu lagi kerana ia diambil ketika usia saya 19 tahun dan saya akui ia kesilapan saya yang tidak matang lagi waktu itu.
“Perkara itu sudah pernah jadi kontroversi sewaktu saya masuk dalam industri seni dan saya pun sudah beri penjelasan mengenainya,” katanya memetik laporan mStar.
Dalam pada itu, Ammar bakal muncul dalam sebuah drama bersiri terbaharu terbitan Zeel Productions berjudul Nasuha yang dilakon turut dilakonkan Tasha Shilla dan Shah Iskandar.
Nasuha akan ditayangkan bermula Selasa ini jam 8.30 malam bagi slot Ratu TV9.
-MYNEWSHUB.CC