Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sambal Sotong Bertelur Yang...

Bahan bahan:15 ekor sotong - basuh & tos kering 20 -15 cili kering 15 ulas...

Polis Indonesia Tahan Buruan...

Polis Indonesia (Polri) telah menahan Chaowalit Thongduang, buruan paling dikehendaki di Thailand yang...

KPM Akan Ganti Buku...

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggantikan 263,662 buku teks yang rosak...

Jalan Sekitar Ipoh Ditutup...

IPOH - Beberapa jalan utama di pusat bandaraya Ipoh akan ditutup bersempena program...

Ayah Tak Uzur Cuma Kurang Selera Makan – Anak Jins Shamsuddin

ANAK seniman Tan Sri Jins Shamsuddin, Putera Hang Jebat menyangkal dakwaan ayahnya sedang uzur berikutan penyebaran sekeping gambar menunjukkan keadaan bapanya yang kelihatan sangat kurus daripada sebelumnya.

Sebaliknya, Jebat mengatakan ayahnya berkeadaan sedemikian disebabkan faktor selera makan yang semakin berkurangan.

“Ayah masih sihat, makan dan minum macam biasa cuma mungkin kerana faktor usia makan tak banyak seperti dulu.

“Saya tidak pasti bagaimana gambar berkenaan boleh tersebar namun saya sedikit terkejut kerana ia menunjukkan seolah-olah ayah dalam keadaan sangat uzur sedangkan dia masih sihat di rumah.


“Biasalah bila dah berumur mungkin selera makan tak macam dulu sebab itu nampak kurus,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Jins, 80, menghidap penyakit Alzheimer dan kini dijaga sepenuhnya oleh isteri beliau, Puan Sri Halijah Abdullah di rumah mereka di Hulu Klang, Selangor.

Sama-sama kita doakan agar kesihatan seniman itu sentiasa berada dalam keadaan baik-baik sahaja. InsyaAllah. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori