ANDRASHAH Iman Bin Shah Indrawan merupakan nama yang diberikan Tomok buat buat putera kedua yang selamat dilahirkan isterinya, Rahayu Abas, petang Jumaat lalu.
Berkongsikan gambar anak keduanya itu di laman Instagram, nampaknya si kecil sama comel dengan abangnya, Arrian Shah Akid yang kini sudah menginjak usia tiga tahun dan mempunyai ramai ‘peminat’ sendiri.
Andra dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada jam 1.34 tengah hari dengan berat 3.33 kilogram.
Tahniah buat Tomok dan isteri! – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=DHIRCqixUOM
https://www.youtube.com/watch?v=ocPL020_fYE