Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

14 Anggota Geng Nicky...

PETALING JAYA - Seramai 14 anggota Geng Nicky tiba di Mahkamah Sesyen Petaling...

Polis Siasat Gambar Budak...

LORISSANT (Amerika Syarikat) - Satu pasangan suami isteri membuat laporan polis selepas anak...

Hukuman Diyat Sedang Diperhalusi

Bangi : Perbincangan lanjut sedang dijalankan sebelum hukuman diyat iaitu pampasan kepada keluarga...

‘Raja Taikun’ Israel Kini...

BAITULMAQDIS - Beliau pernah digelar oleh media Israel sebagai 'raja taikun', lapor agensi...

Anggota ATM Dipantau Elak Terbabit Militan

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa memantau setiap anggotanya secara kolektif supaya tidak terjebak dalam kegiatan militan terutamanya kumpulan IS.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, berkata satu garis panduan telah dikeluarkan sejak pertengahan tahun lepas bagi pemantauan dan sesi kolektif kepada anggotanya.

Beliau menegaskan melalui pemantauan sedemikian, setakat ini tidak ada warga tentera terbabit atau menyertai kegiatan militan.

“Kita (ATM) telah meletakkan kaedah yang sesuai untuk memantau pergerakan anggota sejak mereka mula berkhidmat. Jika mereka mula terpesong, maka tindakan pengesanan akan dibuat.
“Kaunseling akan dilakukan jika terdapat anggota yang menuju ke arah tidak betul,” katanya ketika sesi wawancara khas bersama media sempena Ulang Tahun ke-82 Tentera Darat di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai penglibatan anggota tentera dalam kejadian bencana banjir, Raja Mohamed Affandi berkata berdasarkan kejadian banjir tahun lepas agensi berkenaan mampu melaksanakan yang terbaik untuk negara.


“Ketika banjir tahun lepas, kediaman anggota kita di Pasir Mas, Kelantan juga dimasuki air. Namun anggota kita mengetepikan hal peribadinya demi tugas. Saya boleh mengatakan bahawa mereka melakukan yang terbaik demi negara dan masyarakat,” katanya.

Mengenai penglibatan kaum lain dalam bidang ketenteraan, Raja Mohamed Affandi berkata menjadi tanggungjawab semua kaum untuk menyertai perkhidmatan ini untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Mengenai Ulang Tahun ke-82 Tentera Darat yang bakal disambut pada 1 Mac ini yang bertemakan “Tentera Darat Teguh Siaga ATM Gah ATM Perkasa”, satu perbarisan akan diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Antara acara sempena Hari Tentera Darat, satu demonstrasi keupayaan tentera darat akan dilakukan pada 7 Mac yang bertujuan memperingati serangan yang dilakukan ke atas pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada Mac 2013. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori