Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

SPRM Tidak Siasat Kes...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan membuka semula kes...

Jangan Guna Istilah ‘Pendatang...

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mendakwa istilah 'pendatang haram' yang digunakan untuk menggambarkan...

Apple Bakal Kemas Kini...

DESAS-DESUS dalam dunia teknologi merupakan salah satu perkara yang menarik untuk diketahui.Terkini, satu...

Israel Tolak Gencatan Senjata

TEL AVIV - Seorang pegawai kanan Israel pada Isnin berkata, Tel Aviv tidak...

Angin Kencang Timur laut Dijangka Berterusan Sehingga Sabtu Ini

KUALA LUMPUR – Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kategori kedua itu berikutan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam boleh menyebabkan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

“Ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

Angin kencang Timur Laut itu juga dijangka berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, dan Sarawak sehingga Sabtu ini.


Menurut jabatan itu, angin dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan mencapai ketinggian ombak sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut serta aktiviti sukan laut.

Selain itu, ribut petir yang membawa angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter di kawasan perairan Selat Melaka Utara dan Kuching dijangka berterusan sehingga awal petang ini.

Ribut petir di perairan Selangor dan Sarawak (Kuching, Rejang dan Mukah) pula dijangka berterusan sehingga awal petang ini dan keadaan ini juga berbahaya kepada bot-bot kecil. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Cuaca

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori