Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Duta Malaysia Kunjungi Timbalan...

BANGKOK – Duta Malaysia di Thailand Datuk Jojie Samuel hari ini mengunjungi Timbalan...

Melaka Terus Laksana Prinsip...

MELAKA - Kerajaan Negeri menerusi sistem kehakimannya akan terus melaksanakan prinsip keadilan dalam...

Wanita PKR Anggap PAS...

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggangap PAS sebagai sebuah parti...

Muhyiddin Bertemu Presiden SEAMEO...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan...

Angkasa Yakin Mampu Menyumbang RM50b Menjelang 2020

SHAH ALAM – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yakin aktiviti koperasi di negara ini mampu menyumbang RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menjelang 2020.

Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, setakat ini sumbangan koperasi kepada KDNK negara berjumlah kira-kira RM35 bilion, namun dengan penglibatan koperasi dalam sektor ekonomi berimpak tinggi, ia dijangka dapat menaikkan tahap sosioekonomi dan meningkatkan pendapatan anggotanya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata, bagi mencapai hasrat itu, penstukturan baharu telah dirangka berdasarkan keperluan, selaras dengan tujuh keberhasilan utama yang digariskan dalam dasar koperasi negara (KDN).

“Bermula tahun 2015 ini, kita akan menggerakkan koperasi supaya bergiat lebih aktif menyumbang kepada ekonomi negara menerusi tujuh keberhasilan utama iaitu perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, pertanian dan industri asas tani, perladangan, telekomunikasi serta pembangunan hartanah.

“Justeru, seluruh petugas Angkasa, termasuk jawatankuasa perhubungan Angkasa negeri, akan mengembleng tenaga sepenuhnya bagi memastikan hasrat dasar koperasi negara tercapai,” katanya kepada selepas merasmikan pembentangan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Angkasa, di sini hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori