Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Audit 1MDB: Najib Mengaku...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini...

Buat Permohonan Dan Setuju...

PUTRAJAYA – Ibu bapa yang ingin mendaftarkan nama anak mereka dengan nama yang...

Polis Buru Baki Seorang...

JELEBU : Polis kini memburu baki seorang lagi banduan tahanan reman yang masih...

Chong Wei Terkandas Di...

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di...

Anwar Ibrahim Tiba Di Istana Kehakiman

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Kehakiman sebentar tadi untuk mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan akhir beliau untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 67, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tiba jam 9 pagi diiringi ahli keluarganya termasuk isteri yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Anwar bagaimanapun tidak meluangkan masanya untuk berada di pekarangan Istana Kehakiman bertemu penyokongnya yang sudah mula berhimpun seawal jam 7 pagi lagi.

Turut hadir, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli serta Tian Chua dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad.


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, turut sama.

Terdahulu, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak sebagai pendakwa raya, tiba di Istana Kehakiman dan memasuki kamar perbicaraan jam 8.56 pagi tadi. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori