Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Cerita Pengalaman Haji Bersama...

ALOR SETAR - Selama 36 tahun berkhidmat dengan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam...

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit...

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada...

Penganjuran Bazar Ramadan Belum...

PUTRAJAYA - Kerajaan belum memutuskan sama ada penganjuran bazar Ramadan di seluruh negara...

Kolam Pancing, Institut Memandu,...

KUALA LUMPUR - Premis perniagaan berkaitan aktiviti memancing seperti kolam pancing, pelantar pancing,...

5 Tahun Penjara: Anwar Tidak Mohon Pengampunan Agong

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak akan memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk hukuman penjara 5 tahun yang diputuskan ke atasnya atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Perkara ini disahkan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam satu sidang media hari ini, yang juga adalah hari terakhir untuk mengemukakan permohonan pengampunan berkenaan.

PKR sebelum ini pernah menyuarakan hasrat mempertimbangkan pilihan terakhir bagi pembebasan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menerusi permohonan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun portal Agendadaily melaporkan, Rafizi telah memberitahu bahawa mereka tidak menerima apa-apa arahan daripada Anwar bagi memohon pengampunan berkenaan.

Ekoran menanti tarikh akhir memohon pengampunan Yang di-Pertuan Agong iaitu dua minggu dari tarikh hukuman dijatuhkan 10 Februari lalu, pihak Suruhanjaya Piliharaya (SPR) masih belum mengadakan mesyuarakat bagi menentukan tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh diadakan.


Pada masa sama pihak SPR juga dikatakan sedang menanti notis kekosongan kerusi Parlimen tersebut diumumkan Speaker Dewan Rakyat sebelum tarikh mesyuarat bagi pilihanraya kecil kawasan parlimen tersebut dapat dilangsungkan.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh atas kesalahan meliwat tujuh tahun lalu, selepas rayuannya di Mahkamah Persekutuan diputuskan gagal, 1o Februari lalu. – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori