Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PAS Akur Perkenan Agong...

PAS Kelantan akur dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berhubung pelantikan...

Kerani Maut Ditikam Rakan...

KLANG - Gara-gara mabuk, seorang kerani am maut ditikam rakannya dalam satu kejadian...

Ismail Sabri Silap Umum...

Datuk Seri Ismail Sabri tersilap apabila mengumumkan Khairy Jamaluddin akan kekal sebagai Menteri...

Kantoi Ugut Rakyat… U-Turn...

SEMALAM, seluruh rakyat Malaysia terpana apabila media tempatan lapor Setiausaha Agung DAP, Lim...

Aplikasi Telefon Bimbit Mudahkan Belia Cari Kerja Bakal Dibangunkan

JOHOR BAHRU – Yayasan Rakyat, sebuah pertubuhan bukan kerajaan bakal membangunkan aplikasi telefon bimbit yang berfungsi menjadi saluran kepada belia mencari pekerjaan.

Pengasas yayasan itu, Darshini Sitharam berkata, aplikasi itu yang turut memberi maklumat mengenai pendidikan serta saluran mengemukakan sebarang kesukaran dalam pembelian rumah, sedang dirangka kertas kerjanya dan dijangka siap dalam masa empat bulan.

“Kami menjangkakan aplikasi yang dinamakan ‘4TheBelia’ itu boleh dilancarkan pada pertengahan tahun ini. Kami akan mengadakan perbincangan dengan penyedia perkhidmatan aplikasi telefon bimbit serta jabatan-jabatan kerajaan yang bakal terlibat,” katanya.

Darshini, yang juga Ahli Parlimen Belia Malaysia (Johor) berkata, sekurang-kurangnya empat exco kerajaan negeri akan terlibat dalam pembangunan aplikasi itu.


“Setiap daripada exco ini adalah rakan saluran kami. Apabila belia menggunakan aplikasi untuk mencari pekerjaan (sebagai contoh) mereka akan disalurkan kepada exco-exco yang relevan supaya mereka dapat menemui jalan penyelesaian,” jelasnya.

Darshini berkata, belia yang disasarkan untuk mengguna aplikasi ini adalah berusia antara 13 hingga 35 tahun dan tiada sebarang caj kepenggunaan akan dikenakan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori