Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Zii Jia Kempunan Ke...

KUALA LUMPUR – Bintang perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kempunan untuk melangkah...

Polis Kota Setar Tahan...

ALOR SETAR : Sekumpulan penunggang motosikal menyambut Tahun Baharu 2023 dengan melakukan pelbagai...

Majlis Keselamatan PBB Bincang...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU - Kejadian di mana pesawat Penerbangan Malaysia MH17 ditembak jatuh...

Anak Pesakit Kesal Layanan...

Acap kali kita mendengar aduan mengenai layanan buruk oleh sesetengah kakitangan hospital kerajaan...

Arul PSM Ditahan, Permohonan Reman Ditolak Majistret

SETIAUSAHA Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan ditahan pihak polis pada petang semalam untuk membantu siasatan berkenaan kenyataan berbaur hasutan di internet berkaitan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini, permohonan polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari telah ditolak oleh Majistret Muzlina Mohamad Jamil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sebentar tadi.

Perkara mengenai tahanan reman berkenaan ditolak dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Arul, Latheefa Koya.

201215ArulIPD_2

Arul dikatakan akan dibebaskan pukul 7 petang nanti.

200215ArulPSM_1
Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan

Beberapa kumpulan penyokong Arul turut dilihat berada di hadapan IPD Dang Wangi memegang sepanduk sejak pagi tadi mendesak agar pemimpin parti PSM itu dibebaskan.

Semalam, Arutchelvan yang dikenali sebagai Arul berkata lebih 10 orang anggota polis berada di luar kediamannya di Kajang, Selangor untuk menahannya dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Sebuah akaun Twitter yang merupakan milik parti PSM turut memberikan maklumat berkaitan kejadian itu.


Beberapa orang anggota polis dipaparkan memasuki kediaman Arul serta dilihat merampas beberapa peralatan elektronik.

“Mereka(polis) memaklumkan yang mereka akan melakukan siasatan ke atas saya di bawah Akta Hasutan, namun mereka belum beritahu saya lagi atas sebab apa.

“Mungkin ia berkaitan dengan apa yang dikatakan Ketua Polis Negara hari itu,” kata Arul menurut laporan The Malay Mail Online.

– MYNEWSHUB.CC

Video Ceramah Arul Di Himpunan Blackout 505 Di Petaling Jaya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori