Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Semua Negara Tak Benar...

KUALA LUMPUR - Segala bentuk tindakan yang diambil terhadap pendatang tanpa izin di...

Harga RON95 Dan Diesel...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter, manakala harga...

Buru Hingga Ke Akar...

SEPANG - Dalang utama kegiatan mengatur keputusan perlawanan perlu ditangani dan dihukum bagi...

Rapid KL Lanjut Operasi...

SEMPENA ambang tahun baru 2020 esok, waktu perkhidmatan rangkaian rel transit dan bas...

ASEAN Mampu Jadi Pasaran Ekonomi Ketiga Terbesar Dunia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis berkata integrasi selanjutnya dalam ASEAN akan membawa kepada dunia menyaksikan kemunculan kuasa ekonomi baharu di Asia Tenggara.

“Saya kata baharu, kerana walaupun ekonomi kita telah menjadi hab perdagangan dan komersial sejak berabad-abad, kita hari ini mewujudkan kesatuan ekonomi yang tidak seperti zaman dahulu,” kata beliau.

Dalam merealisasikannya, Perdana Menteri berkata keutamaan ASEAN perlu untuk memastikan bahawa integrasi membawa kepada pengagihan dan pewujudan kekayaan yang saksama serta meningkatkan integrasi kewangan dan penyertaan.

“Kita perlu memastikan semua sektor ekonomi kita terlibat sepenuhnya dalam Komuniti ASEAN,” kata beliau dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak ASEAN CAP10 CEO di sini Khamis.

Najib berkata, ASEAN yang bersepadu dari segi ekonomi memberi manfaat kepada semua negara anggotanya dengan pergerakan barangan, perkhidmatan, tenaga kerja mahir dan modal yang lebih bebas.

Najib berkata ASEAN dijangka mempunyai 125 juta isi rumah dengan pendapatan melebihi US$7,500 (RM26,826) dalam tempoh 10 tahun akan datang dan akan menjadi tujuh ekonomi terbesar di dunia, dengan gabungan keluaran dalam negara kasar mencecah US$4 trilion (RM14.3 trilion) menjelang 2020 jika ia sebuah negara.

Penubuhan ASEAN sebagai pasaran tunggal dan pangkalan pengeluaran juga akan membuka potensi ke tahap yang sama dengan ekonomi terbesar dunia, kata beliau.


“Menyeragamkan perdagangan dan kastam, proses dan prosedur akan mengurangkan kos urus niaga, menjadikan ASEAN lebih menarik sebagai lokasi pelaburan dan meningkatkan daya saing eksport.

“Liberalisasi sektor perkhidmatan kewangan di samping memastikan pelaburan dan kemampanan yang bertanggungjawab akan meningkatkan lagi keyakinan pelabur, kestabilan dan pertumbuhan,” kata Perdana Menteri.

Najib berkata Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, akan terus bekerjasama rapat dengan negara anggota lain untuk memastikan ASEAN dapat melaksanakan inisiatif utamanya.

Malaysia akan mengesyorkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 pada April ini supaya sekretariat ASEAN yang dipertingkatkan digerakkan untuk memastikan negara-negara ASEAN bekerjasama untuk menjalankan dan melaksanakan agenda pasca 2015.

“Malaysia akan memainkan peranan penting dalam membina Asia Tenggara yang lebih kuat, lebih makmur, lebih terbuka,” kata Najib. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori