Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kenaikan OPR Tak Jejas...

AMPANG JAYA : Isu kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak dilihat sebagai faktor...

Lelaki Maut Kereta Terbabas...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut apabila kenderaan dipandunya terbabas dan terbakar di...

Lagi Peluk Islam Di...

ARAU - Penjelasan terperinci mengenai agama Islam oleh pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik...

Kejayaan Atlet Angkat Berat...

KUALA LUMPUR – Kejayaan atlet angkat berat meraih dua pingat emas pada temasya...

ASEAN Mampu Tangani Ancaman Kumpulan Militan IS

PUTRAJAYA – ASEAN sebagai sebuah blok mampu menangani ancaman kumpulan militan IS, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata semua 10 negara anggota ASEAN dijangka menyatakan pendirian bersama berhubung ancaman kumpulan militan itu pada pertemuan menteri-menteri pertahanan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2015 pada 15 Mac depan.

“Ancaman IS berbeza dengan keganasan yang terpaksa kita lalui dahulu berhubung kait dengan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah dan ini fenomena baharu yang terpaksa kita hadapi tetapi ia tidak unik kepada Malaysia.

“Sebagai rantau yang telah diuji dengan pelbagai tragedi seperti kehilangan pesawat dan pertikaian di Laut China Selatan, ancaman IS boleh dihadapi bersama melalui perkongsian maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sesi perbincangan Makmal Tranformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini hari ini.


Hishammuddin berkata buat masa ini, ASEAN adalah rantau yang secara relatifnya masih belum disentuh oleh IS.

Menurutnya Malaysia mempunyai kelebihan berikutan hubungan diplomatik yang baik dengan Amerika Syarikat, China dan negara-negara di Eropah.

“Perkongsian maklumat secara risikan adalah kaedah terbaik dan saya mengesahkan tiada mana-mana pihak yang boleh menyatakan hari ini bahawa mereka tahu formula terbaik untuk berhadapan dengan IS,” katanya.

ASEAN dianggotai Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand, Singapura dan Vietnam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori