Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Semua Orang Nak Jadi...

JAM tepat menunjukkan 1550Hrs sebaik saya tiba di tempat kerja untuk pertukaran shift.Cuaca...

Kenaikan Kadar Visa Haji...

MARANG - Keputusan kerajaan Arab Saudi untuk menaikkan kadar visa haji dan umrah...

E-invois Mantapkan Sistem Untuk...

KUALA LUMPUR : Penggunaan e-invois yang bermula Jun 2024 akan mempersiapkan sistem percukaian...

KKD Ambil Maklum, Pantau...

DENGKIL : Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sentiasa meneliti dan memantau isu 3R...

ASEAN Perlu Pertimbang Tenaga Nuklear – ROSATOM

KUALA LUMPUR – Negara ASEAN perlu mempertimbang tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif supaya seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan sosial yang pesat di rantau ini.

Pengarah Jabatan Perniagaan Antarabangsa Perbadanan Tenaga Atom Russia (ROSATOM), Nikolay Drozdov, berkata wujud keperluan untuk membangunkan beberapa sumber tenaga bagi menyokong pertumbuhan itu.

“Jika mempunyai sistem yang tidak seimbang, dengan penguasaan hanya satu jenis sumber tenaga, ia akan membawa risiko kepada keseluruhan sistem. Kita perlu mempelbagaikannya.

“Tenaga nuklear adalah satu daripada penyelesaian yang berkesan dan antara paling murah untuk menghalang risiko tersebut dan menyediakan kepelbagaian sumber tenaga,” katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata, membangunkan tenaga nuklear akan turut meningkatkan tahap industri dan sains serta budaya, berikutan kemudahan tersebut dalam sektor teknologi tinggi.

“Terdapat dua sebab untuk mempertimbang tenaga nuklear. Pertama, negara-negara di Asia Tenggara menunjukkan pertumbuhan ekonomi dan sosial yang pesat. Bagi menyokong pertumbuhan itu, kita perlu beberapa sumber tenaga,” katanya.

Beliau berkata, sebab kedua ialah tenaga nuklear adalah industri teknologi tinggi.


Drozdov berkata, walaupun perbelanjaan modal dalam pembangunan loji tenaga nuklear lebih tinggi berbanding gas dan arang batu, kemudahan itu menawarkan perbelanjaan operasi yang lebih murah iaitu sebanyak 10 peratus.

“Di Iran (misalnya), selepas pengoperasian (loji nuklear), mereka dapat menjimatkan kira-kira 2.8 bilion liter penggunaan bahan api setahun,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia dan negara lain perlu menentukan terlebih dahulu jenis projek nuklear untuk dibangunkan sebelum membuat anggaran penjimatan kos yang akan diperoleh.

ROSATOM mempunyai kepakaran hampir 70 tahun dalam bidang nuklear dan peneraju dunia dalam teknologi dan kompetensi dan menawarkan penyelesaian industri yang canggih.

Pada masa sama, pertubuhan itu turut beroperasi pada skala global untuk menyediakan perkhidmatan nuklear yang komprehensif daripada memperkaya uranium kepada rawatan sisa nuklear.

Drozdov baru-baru ini berada di Malaysia sebagai penceramah di persidangan tahunan keenam Nuclear Power Asia (NPA). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ASEAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori