Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Peniaga Dilepas Tanpa Dibebas...

GEORGE TOWN - Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas tanpa membebaskan seorang...

Pinda Laporan Audit 1MDB,...

KUALA LUMPUR : Selepas 43 hari perbicaraan dan 16 orang saksi dipanggil memberi...

Peg. Kastam Serang Jurugambar...

KUALA LUMPUR - Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia menggesa pihak polis menyiasat dan...

“Sampai Bila Pakatan Harapan...

KERAJAAN Pakatan Harapan mungkin masih boleh terus memanipulasi emosi rakyat dengan menyuburkan lagi...

Apa Kes?? Astro Pecat 60 Staf Dalam Masa 24 Jam

KUALA LUMPUR – Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mengecam tindakan Astro Productions Sdn. Bhd. (Astro Productions) memberhentikan seramai 60 kakitangan syarikat itu dalam tempoh 24 jam.

Presidennya, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, syarikat itu tidak sepatutnya memberhentikan pekerja terbabit hanya dengan memberi notis 24 jam kerana itu satu perbuatan yang sangat kejam.

“Mereka seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih terhormat kerana pekerja-pekerja yang di berhentikan ada di antara mereka yang berkhidmat lebih 20 tahun dibuang begitu sahaja.

“Mereka yang diberhentikan berasa amat kecewa. UNI-MLC membantah sekeras-kerasnya tindakan Astro Productions dan meminta Menteri Sumber Manusia menyiasat tatacara yang diguna pakai syarikat besar itu bagi menamatkan perkhidmatan kakitangannya serta merta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Mohamed Shafie menjelaskan, pihaknya menerima aduan daripada pekerja yang diberhentikan tersebut bahawa mereka menerima surat Penamatan Perkhidmatan Pekerja Tanpa Notis pada 30 Januari lalu.

Dakwa beliau, pengurusan Astro Productions bertindak memanggil 60 pekerja terbabit dan memberitahu bahawa perkhidmatan mereka ditamatkan serta merta dan diberi surat pemberhentian untuk ditandatangani.

Beliau mendakwa, pekerja yang bersetuju untuk berhenti pada hari terbabit diberikan pampasan yang dibayar pada masa sama. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori