Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kuasai Bahasa Inggeris Dengan...

KUCHING - Seseorang pelajar perlu banyak membaca buku serta berkomunikasi dalam bahasa Ingeris...

Azmin Kecewa Langkah PD...

MESKIPUN tidak ulas panjang, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali turut berkongsi...

Menteri Singapura Lawat Terengganu...

SINGAPURA - Menteri Negara Kanan Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura, Masagos...

Agong Antara Hadir Beri...

ALOR SETAR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat ke Balai Penghadapan,...

IS: Australia Beri Amaran Kepada Penduduk Wanitanya

MENTERI Luar Australia, Julie Bishop memberi amaran kepada penduduk wanita di negara itu agar melupakan hasrat sekiranya mereka mahu berhijrah serta menjadi ‘pengantin jihad’ demi menyertai misi kumpulan militan Negara Islam (IS) yang kini semakin mendapat tempat di kalangan mereka.

Statistik sebelum ini menunjukkan sekurang-kurangnya 30 hingga 40 wanita dari negara Kangaroo itu yang menyokong secara aktif kumpulan IS yang perjuangan mereka mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini.

“Malangnya kita lihat golongan muda wanita yang ingin menyertai konflik di Syria dan Iraq.

“Keluarga dan rakan-rakan perlu mendekati anak-anak muda mereka sebelum terlambat,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kematian warganegaranya, Amira Karroum Ali, 23, yang meninggal dunia dalam pertempuran di Syria baru-baru ini, selepas meninggalkan rumah dan keluarganya sebelum perayaan Krimas tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori